Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Kanak-kanak hilang ditemui dalam penjara Zionis

DUNIA

Kanak-kanak hilang ditemui dalam penjara Zionis

Ramez Tamimi

RAMALLAH, 4 Apr 2019 — Kanak-kanak Palestin yang dilaporkan hilang sejak hari Selasa lalu akhirnya ditemui dalam penjara Zionis di Ofer.

Tentera Zionis mencuik Ramez Tamimi, 14, dari pekampungan Dir Nitham di utara Ramallah. Keluarga beliau mahupun Pesatuan Palang Merah atau Pejabat Koordinasi Daerah tidak diberi sebarang makluman tentang penahanannya.

Haluan Palestin memetik laporan IMEMC menyebutkan keluarga Ramez mula mencari beliau Selasa lalu, dengan menghubungi pihak polis, Pejabat Koordinasi Daerah Palestin dan beberapa jabatan lain.

Hanya selepas sehari kemudian tentera Zionis memaklumkan keluarganya bahawa Ramez dikurung dalam penjara, atas tuduhan “terlibat dalam kumpulan kanak-kanak membaling batu ke arah jip tentera dan kenderaan pendatang Yahudi.”

Walaupun masih kanak-kanak, Ramez pernah dipenjara dua tahun lalu selepas ditangkap ketika tentera Zionis menyerbu masuk sebuah masjid di Dir Nitham.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading