KANAK-KANAK LEMAS DI KOLAM RENANG INAP DESA

JASIN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun 10 bulan ditemukan lemas dalam kolam renang inap desa milik keluarganya di Kampung Pulai, Merlimau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Ahmad Jamil Radzi berkata mangsa, Auni Falisha Muhammad Firdaus dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka pada jam 9.15 pagi semalam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Hasil siasatan dipercayai mangsa berjalan kaki ke kolam renang inap desa yang jaraknya 500 meter dari rumah bersama abangnya berusia lima tahun tanpa pengetahuan ibu bapa atau keluarga mereka dan ketika kejadian tiada pelanggan yang mengunjungi atau berada di situ.

“Abang mangsa pulang ke rumah dengan pakaian basah dan apabila ditanya mengenai adiknya dia mengatakan mangsa berada di kolam renang itu seorang diri,” katanya, dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Jamil berkata ibu bapa mangsa telah menghubungi rakan sekerja dan memintanya ke kolam renang untuk melihat keadaan anaknya, yang ditemui tertiarap di dalam kolam renang berkenaan.

“Pemeriksaan secara fizikal ke atas mayat mangsa mendapati tiada sebarang kesan perbuatan jenayah dan mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian disebabkan lemas dan┬ásiasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.–AlHijrah Online

Leave a Reply