Operasi mencari dan menyelamat yang berlanjutan hampir dua minggu selepas gempa bumi besar meragut lebih 40,000 nyawa kini hampir selesai, menurut agensi bencana Turkiye pada Ahad.
ANKARA: Operasi mencari dan menyelamat yang berlanjutan hampir dua minggu selepas gempa bumi besar meragut lebih 40,000 nyawa kini hampir selesai, menurut agensi bencana Turkiye pada Ahad.
Bagaimanapun operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan di sekitar 40 bangunan membabitkan dua wilayah iaitu Hatay dan Kahramanmaras, kata ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Yunus Sezer pada sidang media, lapor Xinhua.
Sezer berkata kerja-kerja di kawasan yang dilanda bencana kini tertumpu kepada mengalihkan serpihan, melindungi gelandangan dan penyediaan infrastruktur.
Jumlah kematian akibat dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Türkiye pada 6 Feb telah meningkat kepada 40,689, kata Sezer.
Angka kematian dijangka meningkat apabila pasukan penyelamat mengeluarkan lebih banyak mayat daripada runtuhan.
Zon gempa dianggarkan mempunyai populasi 13.5 juta orang dan ramai daripada mereka hilang tempat tinggal.
Kerajaan Turkiye bersama organisasi bantuan tempatan dan antarabangsa telah melancarkan usaha bantuan besar-besaran.
Pihak berkuasa berusaha menyediakan lebih banyak penginapan sementara termasuk khemah dan kontena, manakala ramai mangsa yang terselamat masih ditempatkan di hotel, asrama, gim, dan kereta api.
Lebih 6,000 kontena telah dipasang setakat ini, manakala kerja-kerja infrastruktur bagi membina 68,000 kontena hampir siap, kata Sezer sambil menambah hampir 250,000 khemah telah digunakan.
Presidennya Recep Tayyip Erdogan berkata pada Selasa bahawa 2.2 juta orang telah meninggalkan zon bencana.
Bagaimanapun, ramai mangsa yang terselamat memilih untuk tinggal berdekatan dengan kediaman mereka bagi melindungi harta benda.
AFAD mengeluarkan pekeliling pada Ahad bahawa orang ramai tidak dibenarkan memasuki bangunan yang musnah dan pasukan keselamatan akan mengawasi keadaan bagi mereka yang ingin mendapatkan semula harta benda.
Pihak berkuasa tempatan mula menjalankan kerja-kerja membasmi kuman di kawasan bencana dan tong sampah untuk mencegah wabak penyakit berjangkit.
Tiada wabak penyakit berjangkit dikesan setakat ini di zon gempa, kata Menteri Kesihatan Turkiye.
Türkiye menempatkan hampir 3.5 juta pelarian Syria, kira-kira separuh daripada mereka telah berlindung di wilayah bencana.
Menteri Pertahanan Turkiye Hulusi Akar berkata pada Ahad bahawa sekurang-kurangnya 10,633 rakyat Syria yang berada di negara itu telah kembali ke tanah air mereka secara sukarela selepas gempa bumi.
“Saudara kita Syria, yang kehilangan keluarga dan tempat tinggal mereka akibat gempa bumi, kembali ke tanah mereka secara sukarela,” kata Akar semasa lawatannya ke pos sempadan tentera di wilayah selatan Hatay.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager