KANAK-KANAK SEMBILAN TAHUN HILANG DI PANTAI KEMAYANG DITEMUKAN LEMAS – POLIS
Kanak-kanak sembilan tahun yang hilang di Pantai Kemayang semalam, ditemukan lemas di pantai yang sama, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Mohd Azrie Sulaiman berkata mayat Muhamad Irfan Afendi, ditemukan oleh penduduk kampung pada jarak kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai bermain air sebelum dihanyutkan arus.
BACHOK: Kanak-kanak sembilan tahun yang hilang di Pantai Kemayang semalam, ditemukan lemas di pantai yang sama, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Mohd Azrie Sulaiman berkata mayat Muhamad Irfan Afendi, ditemukan oleh penduduk kampung pada jarak kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai bermain air sebelum dihanyutkan arus.
Beliau berkata mangsa ditemukan 10.45 pagi tadi dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia bagi proses bedah siasat.
“Saya menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di pantai, memandangkan negara masih berada dalam musim Monsun Timur Laut.
“Polis bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sentiasa melakukan pemantauan harian di sepanjang pesisir pantai, bagi menasihatkan pengunjung agar berwaspada,” katanya kepada media di lokasi kejadian hari ini.
Sementara itu, bapa kanak-kanak berkenaan Mohd Afendi Ya, 44, berkata Muhamad Irfan sepatutnya menyertai majlis berkhatan beramai-ramai hujung minggu ini.
“Apakan daya takdir menentukan dia lebih awal dijemput illahi. Sebelum ini saya ada membuat janji untuk membawa dia (Muhamad Irfan) mandi di Pantai Kemayang, bagi memenuhi hasratnya sebelum berkhatan.
“Saya tidak menjangkakan tragedi ini berlaku kerana sebelum dibawa arus, saya sudah memanggilnya supaya naik ke daratan dan dia hanya bermain di gigi air,” katanya.
Mohd Afendi berkata hanya sekelip mata anaknya dibawa ombak dan beliau agak terkilan kerana gagal menyelamatkannya kerana ombak agak kuat ketika itu.
Semalam, Bernama melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus, ketika mandi di pantai berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager