Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK TERKORBAN, TUJUH CEDERA DI IDLIB DALAM SERANGAN UDARA REJIM

DUNIA

KANAK-KANAK TERKORBAN, TUJUH CEDERA DI IDLIB DALAM SERANGAN UDARA REJIM

IDLIB: Jet pejuang Syria menyerang bandar di barat laut wilayah konflik itu semalam, mengorbankan seorang kanak-kanak dan tujuh cedera, demikian menurut agensi pertahanan awam White Helmet.

Agensi Berita Xinhua melaporkan, jet pejuang itu menyerang sebuah kedai roti di bandar Maasurin dalam daerah Idlib yang berada di zon anti-ketenteraan di mana tindakan agresif adalah dilarang, kata agensi itu.

Pesawat tempur rejim turut menyerang sebuah lagi bandar, membunuh seorang kanak-kanak dan menyebabkan tujuh cedera.

Pada 7 Disember lalu, tentera rejim Bashar al-Assad dan sekutunya Rusia, menyerang sebuah pasar di Idlib, mengorbankan 19 mangsa.

Sejak Moscow dan Ankara mencapai kata sepakat pada September 2018, seramai 1,300 orang awam telah terbunuh dalam zon terbabit. Lebih sejuta rakyat Syria telah berpindah ke sempadan Turki berikutan peningkatan serangan yang berlaku.

Turki kini menjadi tempat berlindung 3.6 juta rakyat Syria yang melarikan diri dari negara mereka sejak konflik berlaku pada 2011, menjadikan Turki negara penerima pelarian terbesar di dunia. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading