KUALA LUMPUR: Sumber pembacaan yang begitu banyak di dalam arus digital tanpa sekatan, boleh menjadi gelanggang untuk menyebar berita palsu dan lain-lain kandungan sehingga merosakkan masyarakat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata di sinilah kerajaan dan semua pihak berdepan cabaran pembacaan hari ini dalam membezakan mana yang benar dan palsu, sama ada (kandungan bahan bacaan) yang dihasilkan melalui kajian atau yang dicipta secara picisan.
Katanya satu daripada cabaran dihadapi hari ini untuk menggalakkan budaya membaca adalah pengaruh digital ke atas masyarakat kerana pengaruh digital terhadap masyarakat begitu besar sehingga sumber pembacaan tradisional seperti surat khabar dan buku-buku semakin diketepikan.
“Banyak syarikat akhbar terpaksa gulung tikar kerana jualan merosot manakala buku-buku tinggal mengumpul debu di perpustakaan atau di atas rak. Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat sudah berhenti membaca. Yang berubah ialah sumber pembacaan.
“Malahan, hari ini hampir kesemua akhbar mempunyai versi digital dan buku-buku juga diterbitkan secara digital. Dari segi itu, pembacaan masih kekal sebagai satu budaya,” katanya dalam ucapan sewaktu melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini hari ini.
Menyentuh mengenai kepentingan budaya membaca, Dr Mahathir menegaskan ia adalah suatu amalan pemerolehan dan pengukuhan ilmu pengetahuan yang merupakan asas kepada pembangunan diri manusia.
Jelas beliau, melalui amalan membaca seseorang itu bukan sahaja kaya dengan pelbagai ilmu pengetahuan, bahkan berkebolehan menyampaikan ilmu pengetahuan tersebut dengan baik dan berkesan.
Katanya dari segi sains, amalan membaca menjadi satu daripada kaedah senaman dan latihan minda yang berkesan di samping berkeupayaan memperkuat rangkaian otak manusia serta mampu merangsang pembinaan rangkaian saraf yang baharu.
“Dan jika kita membaca sesuatu berulang kali, apa yang kita baca itu akan lebih lekat di dalam ingatan dan tidak mudah dilupakan. Pembacaan yang banyak juga dapat mempertingkatkan kecerdasan emosi (EQ) dan tahap kecerdasan intelektual (IQ) seseorang.
“Kedua-dua unsur kecerdasan ini amat penting bagi membolehkan seseorang itu menguasai pelbagai keadaan dan merebut peluang yang ada bagi pembangunan diri,” katanya.
Bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, Dr Mahathir berkata program pembudayaan amalan membaca perlulah disusun secara sistematik dan diperluas kepada segenap lapisan masyarakat di seluruh negara.
Menurutnya, program sedemikian hendaklah diadakan secara berterusan dan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dalam usaha melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan seterusnya menjadi pemangkin dan tonggak kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
“Untuk mencapai tujuan ini, kita perlu memastikan industri buku di negara kita berdaya saing dan dapat memenuhi kehendak pembaca khususnya sebagai persediaan kita mengharungi Revolusi Industri 4.0.
“Bagi membudayakan amalan membaca ini, usaha untuk menerbitkan bahan bacaan yang berkualiti dan memenuhi keperluan negara memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah golongan penulis, editor dan penerbit buku yang perlu dilibatkan secara aktif dalam inisiatif ini,” katanya.
Selain itu, katanya daya beli dalam kalangan masyarakat juga perlu diambil kira dalam usaha mewujudkan pasaran buku yang kompetitif dan mampu dibeli selain memastikan kebolehcapaian masyarakat kepada bahan bacaan tersebut.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching turut hadir pada majlis itu.
DMK adalah inisiatif kerajaan dalam usaha meningkatkan keberhasilan pembacaan rakyat di negara yang antara lain akan memantapkan persekitaran asas galakan membaca dan ketersediaan mental rakyat secara agresif, kreatif dan inklusif selaras hasrat menjadikan Malaysia negara membaca dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Melalui slogan #MalaysiaMembaca, DMK anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia itu memberi fokus untuk meningkatkan jumlah pembacaan, jumlah pembaca dan sasaran pembaca yang lebih menyeluruh serta melalui penglibatan semua peringkat masyarakat. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked