Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KBS-KPM BERI PENEKANAN PEMBANGUNAN BELIA

DALAM NEGARA

KBS-KPM BERI PENEKANAN PEMBANGUNAN BELIA

KUALA LUMPUR: Usaha membangunkan anak muda melalui pembangunan bakat sukan serta pembangunan bakat kepimpinan akan terus diberi penekanan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, bagi melahirkan lebih ramai generasi muda yang berkualiti, kementeriannya akan memperkasakan kerjasama dengan KPM termasuklah perkongsian kepakaran, fasiliti dan kemudahan serta silang kemahiran.

“Kerjasama ini amat bermakna kepada saya secara peribadi kerana di sinilah bermulanya fasa anak-anak Malaysia dibangunkan yang akhirnya menjadi kumpulan belia Malaysia.

“Jika kita ingin bangunkan generasi Malaysia yang berkualiti, asasnya adalah di peringkat sekolah dan saya sendiri sangat percaya sistem sekolah mampu melahirkan generasi masa depan yang kita mahukan,” kata Reezal Merican dalam catatan di laman Facebook rasminya selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr Radzi Jidin.

Reezal Merican berkata KBS-KPM sedang melihat inisiatif berterusan agar bakat anak muda diasah dari awal dengan kepimpinan, perpaduan, kerjasama serta disulam dengan nilai cintakan negara.

“Saya sempat menyentuh soal anak muda yang berpotensi menjadi belia keciciran seperti mana yang saya sebutkan dalam hantaran terdahulu mengenai kumpulan belia resah NEET (Not in Education, Employment and Training).

“Kerjasama KBS-KPM ini juga akan melihat pendekatan dan intervensi yang boleh diambil bersama bagi memastikan polisi berkesan dapat dirangka khusus untuk kumpulan ini,” kata Reezal Merican.

Reezal Merican berkata pihaknya akan terus menjelajah ke kementerian-kementerian lain pada masa akan datang untuk membincangkan hal-hal pembangunan anak muda dan belia. – AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading