KEBAKARAN MAUT EMPAT BERADIK: ANAK PESAN BAJU RAYA WARNA HITAM – IBU
Dia yang turut ditemani suami yang merupakan warga Myanmar, Thein Ko Htut, 30, kelihatan sebak dan kerap mencium baju tadika dipercayai milik anaknya dan mengesat air mata.
Nabila Sedu (duduk tengah, tudung hitam) dan Thein Ko Htut (berdiri, baju biru) merupakan ibu bapa kepada empat kanak-kanak maut di Kampung Sabak Awor. –foto BERNAMA
MUAR: Empat beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini malam tadi, sempat menyatakan hasrat memakai baju raya berwarna hitam untuk Aidilfitri tahun ini.
Ibu mereka Nabila Sedu, 31, berkata dia terkilan kerana belum sempat membeli kelengkapan baju raya untuk mereka.
“Ada (pesanan) daripada anak-anak. Mereka hendak baju raya warna hitam…,” kata wanita Orang Asli itu sambil mencium baju anaknya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, hari ini.
Dia yang turut ditemani suami yang merupakan warga Myanmar, Thein Ko Htut, 30, kelihatan sebak dan kerap mencium baju tadika dipercayai milik anaknya dan mengesat air mata.
Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Nabila dan Thein tidak berhasil, selepas mereka dilihat tergesa-gesa meninggalkan pekarangan Jabatan Forensik, hospital berkenaan.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu menetap di rumah sewa di Kampung Sabak Awor bersama empat anaknya, sejak empat tahun lepas.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata empat kanak-kanak itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di bilik air di bahagian dapur rumah berkenaan.
Mayat kesemua kanak-kanak itu kini berada di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat.
Kejadian yang berlaku pada 7.49 malam itu mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager