SIK: Seorang lelaki yang baru pulang daripada membeli juadah berbuka, terkejut melihat rumah yang didiaminya sejak kecil dihempap pokok cempedak tumbang, dalam kejadian ribut petang semalam.
Jalil Ahmad, 49, dari Kampung Berona Kiri dekat sini berkata rumah pusaka itu mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung dapur.
“(Sebelum kejadian) saya keluar rumah untuk membeli juadah berbuka di pekan Jeniang dan keadaan ketika itu mulai hujan berserta angin kencang… pokok yang tumbang terkena bumbung pada bahagian dapur,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau yang bekerja sendiri berkata penduduk kampung membantu mengalihkan pokok itu dengan memotong batang dan dahan, selain turut membersihkan kawasan sekitar.
Seorang lagi mangsa ribut itu, Azizun Abdul Rahman, 57, berkata kira-kira 10 keping atap rumahnya tercabut diterbangkan angin kencang sehingga menyebabkan bahagian dalam rumah dimasuki air.
“Masa kejadian, saya dengan anak perempuan sedang berehat di dalam rumah, tingkat bawah…tiba-tiba dengar bunyi bising seakan bumbung terangkat dan air hujan mula membasahi rumah.
“Habis basah selimut dan barang-barang rumah yang disimpan di tingkat atas, mujur barang-barang untuk buat kuih raya tidak terjejas, kalau tidak, tak dapat saya buat jualan kuih raya tahun ini. Kejadian ribut pada tahun 2014 dulu pernah jadi juga, cuma tak seteruk kali ini,” katanya.
Sementara itu, pemilik bengkel kereta Zuraimi Zainon, 51, berkata bengkelnya turut terkesan dengan ribut berkenaan apabila bumbung tercabut, namun dia bernasib baik kerana sempat mengalihkan kereta pelanggan ke tempat selamat.
“Lima tahun saya di sini, ini kali pertama diuji dengan kejadian seperti ini…sepanjang Ramadan, saya akan tutup kedai pada pukul 4 petang, tetapi semalam saya terpaksa tutup lewat sebab menunggu pelanggan datang ambil kereta yang siap dibaiki,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik Left (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata kira-kira 30 premis kediaman dan kedai dilaporkan rosak akibat ribut yang melanda dua kampung di mukim Jeneri dekat sini, pada kira-kira 5 petang.
“Sebanyak 10 rumah dilaporkan mengalami kerosakan kritikal manakala 20 (rumah) lagi separa kritikal…dua buah kampung yang terjejas ialah di Kampung Berona Kanan dan Kampung Berona Kiri.
“APM turut menerima laporan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas dan tindakan telah diambil bagi membantu mangsa ribut serta membersihkan laluan,” katanya dalam kenyataan hari ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked