KEBAKARAN TANAH GAMBUT: ASAP TEBAL JEJAS KEHIDUPAN HARIAN PENDUDUK DI PUNGGAI
Kebakaran tanah gambut di Taman Bayu Damai, Pengerang sejak hujung minggu lepas menjejaskan kehidupan harian penduduk apabila kepulan asap tebal menyelubungi kawasan perumahan, menyebabkan kesukaran bernafas dan mengurangkan jarak penglihatan.
KOTA TINGGI: Kebakaran tanah gambut di Taman Bayu Damai, Pengerang sejak hujung minggu lepas menjejaskan kehidupan harian penduduk apabila kepulan asap tebal menyelubungi kawasan perumahan, menyebabkan kesukaran bernafas dan mengurangkan jarak penglihatan.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati kawasan di sekitar Jalan Langkah Baik 3, Taman Bayu Damai masih diliputi kepulan asap putih tebal dan bau asap yang kuat.
Kepulan asap menyebabkan kesukaran bernafas selain mengehadkan penglihatan hingga kira-kira 150 meter sekali gus menjejaskan aktiviti harian dan menimbulkan kebimbangan penduduk.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai dan Sungai Rengit termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) juga dilihat giat menjalankan operasi pemadaman api di sekitar Jalan Langkah Baik 3.
Imam Masjid Al Hijrah Taman Bayu Damai, Abdul Rahim Padimin, 65, berkata kebakaran yang berlaku kira-kira 50 meter dari rumahnya semakin marak sejak Ahad sehingga menyebabkan beliau sekeluarga terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai demi keselamatan.
“Pada mulanya, saya sangkakan kebakaran kecil, tetapi api merebak dan asap semakin tebal berikutan tiupan angin yang kuat. Keadaan bertambah buruk pada Ahad apabila kepulan asap mengehadkan penglihatan sehingga 50 meter sahaja,” katanya ketika ditemui di PPS itu di sini, hari ini.
Beliau berkata anak perempuannya yang baru bersalin terpaksa dipindahkan ke rumah adik iparnya di Kampung Sungai Kapal yang tidak terjejas jerebu.
Kawasan Jalan Langkah Baik 1, 2 dan 3 antara yang paling terjejas kerana berdekatan punca kebakaran, dengan api dilihat merebak di kawasan yang dipenuhi pokok resam, lalang dan tumbuhan hutan yang mudah terbakar.
Sementara itu, penduduk Jalan Langkah Baik 3, Fuad Daud, 57, berkata beliau dan keluarganya terpaksa berpindah ke PPS pada Sabtu lepas.
“Asap sangat tebal sampai susah nak bernafas, mata pedih dan bau asap kuat. Walaupun kami sudah tutup pintu dan tingkap, asap masih masuk ke dalam rumah sekali gus membahayakan kesihatan kami sekeluarga,” katanya sambil menambah kejadian kali ini adalah yang terburuk pernah berlaku di kawasan itu sejak 2013.
Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Taman Bayu Damai, Ishak Moksan, 62, berkata pihaknya segera mengeluarkan amaran dan menggerakkan pengumuman kepada penduduk untuk berpindah ke PPS apabila situasi semakin buruk pada Sabtu bagi mengelakkan risiko lebih besar.
Beliau berkata lebih 250 penduduk dianggarkan terjejas selain keadaan tanah gambut yang masih berpotensi menyimpan bara di lapisan bawah, meningkatkan risiko kebakaran berulang yang memerlukan pemantauan berterusan pihak berkuasa.
Setakat 12 tengah hari tadi, sebanyak 124 mangsa daripada 45 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu di PPS Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapal susulan insiden kebakaran tanah gambut seluas kira-kira 12 hektar itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked