RM34 JUTA WANG “SCAM” DISELAMATKAN, RM6.7 JUTA DIPULANGKAN KEPADA MANGSA – SAIFUDDIN NASUTION
Sebanyak RM34 juta wang daripada aktiviti scam atau penipuan berjaya diselamatkan pada tahun lepas, peningkatan ketara berbanding RM508,479.39 yang direkodkan pada 2024, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM34 juta wang daripada aktiviti scam atau penipuan berjaya diselamatkan pada tahun lepas, peningkatan ketara berbanding RM508,479.39 yang direkodkan pada 2024, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata kejayaan itu ialah hasil pengoperasian 24 jam Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC), yang sebelum ini beroperasi pada waktu pejabat, selain pertambahan perjawatan di NSRC.
“Wang yang kita selamatkan ini menggunakan Subseksyen 424A, B dan C, Kanun Keseksaaan dan wang ini dia tak berpindah secara berlapis.
“Secara keseluruhannya, mengikut data yang kita kumpul daripada aduan mangsa, kita merekodkan sejumlah RM542 juta kerugian daripada aktiviti scam ini sepanjang tahun lepas,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) tentang jumlah individu yang telah didakwa dan disabitkan di bawah Kanun Keseksaaan Subseksyen 424A hingga 424D yang baharu bagi memerangi akaun keldai yang terlibat dalam penipuan dan bilangan mangsa yang berjaya mendapat semula duit mereka.
Saifuddin Nasution berkata bagi Subseksyen 424A, hingga kini sebanyak 51 kes dilaporkan dan antara status kes berkenaan, 20 kes telah dituduh di mahkamah, manakala tiga diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.
“Di bawah 424B ada satu, statusnya masih disiasat, 424C ada 10, kesemuanya masih status dalam siasatan, 424D tiada laporan dan tiada kes yang disiasat,” katanya.
Beliau berkata berdasarkan profil kes penipuan yang direkodkan kementerian itu, golongan pekerja swasta, kakitangan awam, pesara, pelajar dan ahli perniagaan merupakan antara yang paling ramai menjadi mangsa.
Penipuan itu katanya, melibatkan jenayah kewangan dalam kategori love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud dan jenayah telekomunikasi.
Beliau berkata kerajaan menerusi kementerian berkaitan juga sentiasa bekerjasama dan mengadakan sesi libat urus dengan rakan negara ASEAN dalam mencari kaedah terbaik untuk menangani kes penipuan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager