Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEBANYAKAN KES BUNUH LIBAT SUSPEK DAN MANGSA SALING MENGENALI

DALAM NEGARA

KEBANYAKAN KES BUNUH LIBAT SUSPEK DAN MANGSA SALING MENGENALI

KUALA LUMPUR: Kebanyakan kes pembunuhan yang berlaku di negara ini melibatkan suspek dan mangsa yang saling mengenali, sama ada mereka keluarga, rakan atau rakan perniagaan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan) bercakap ketika sidang media selepas hadir pada Upacara Penutup Kursus Behavioral Science Unit (BSU) di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras hari ini. – Bernama

KUALA LUMPUR: Kebanyakan kes pembunuhan yang berlaku di negara ini melibatkan suspek dan mangsa yang saling mengenali, sama ada mereka keluarga, rakan atau rakan perniagaan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Beliau berkata jumlah kes jenayah pembunuhan secara rambang di Malaysia, masih lagi kecil jika dibandingkan dengan negara lain.

“Dalam konteks Malaysia ini, random murder cases, kes pembunuhan yang berlaku secara spontan (rambang) itu begitu kecil seperti kejadian samun yang membawa kepada pembunuhan, ia berlaku tetapi pada kadar yang begitu kecil,” katanya pada sidang media selepas merasmikan kursus Sains Tingkah Laku di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini.

Mengulas mengenai kursus yang dianjurkan dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat itu, Mohd Shuhaily berkata seramai 24 orang peserta terdiri daripada 19 pegawai kanan polis dan lima pegawai psikologi, mengikuti kursus yang bermula Isnin sehingga hari ini.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama FBI juga telah menubuhkan Behavioral Science Unit (BSU) dalam Jabatan Siasatan Jenayah, bagi merealisasikan matlamat menjadikan siasatan polis lebih efektif, berfokus dan tepat.

“Unit ini akan diketuai seorang pegawai Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) dan dibantu oleh anggota dan pegawai antaranya Bahagian D6 (Bantuan Teknik), Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat dan Bahagian D9 (Siasatan Khas),” katanya.

Mohd Shuhaily berkata penubuhan unit itu juga dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap proses siasatan yang dijalankan, kerana ia bersifat holistik dengan mengambil kira aspek kemanusiaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading