Bantahan aman dilakukan di hadapan Kedutaan China, Jalan Ampang di sini hari ini. – FOTO ZAHID IZZANI
KUALA LUMPUR – Usaha Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan China di Malaysia bagi menuntut hak ke atas penindasan yang berlaku terhadap etnik Uighur gagal apabila memorandum itu ditolak hari ini.
Terdahulu, permohonan rasmi bagi penghantaran memorandum berkenaan dihantar sejak Selasa dan maklum balas yang diterima jelas menyatakan Kedutaan China enggan menerima memorandum tersebut.
Alasan diberikan NGO dan jabatan-jabatan tertentu sudah dibawa bercuti di Xinjiang untuk menunjukkan tidak berlaku penindasan di sana.
Bagaimanapun hari ini, usaha berkenaan diteruskan apabila sekumpulan NGO mewakili 34 NGO yang menandatangani memorandum berkenaan melakukan bantahan aman di hadapan Kedutaan China, Jalan Ampang di sini.
Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid yang mewakili 34 NGO Islam terlibat berkata, pihaknya akan mengedarkan memorandum itu secara terbuka bagi menuntut hak yang dinyatakan.
Mohd Azmi
“Mereka tidak mahu buka pintu, mereka hanya intai. Mereka beritahu mereka tidak akan terima.
“Jadi kita tidak sampaikan dan kita akan edarkan ke seluruh dunia dan
rakyat Malaysia,” katanya ditemui sempena bantahan aman berkenaan di
sini, hari ini.
Dalam pada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Abdul Rahim berkata, pihaknya amat kecewa apabila permohonan secara rasmi yang dihantar tidak diterima oleh Kedutaan China.
“Ini merupakan pertemuan pertama di sini, kita akan datang lagi dan kita mohon agar kerajaan China melalui kedutaan di sini jangan bersifat angkuh. Kerajaan lain walaupun boleh dikira berkuasa, mereka masih menerima memorandum untuk dihantar oleh wakil-wakil.
“Kita tidak teragak-agak untuk hadir sekali lagi di sini dengan jumlah yang lebih besar. Ini adalah permulaan dan kita akan pastikan bahawa hak isu ini terus diperjuangkan oleh seluruh rakyat Malaysia, umat Islam dan warga dunia sehingga keadilan diberikan kepada warga Uighur,” katanya.
Tambah Mohamad Rahimi, pihaknya mahu permintaan yang dijelaskan menerusi memorandum berkenaan diberikan perhatian termasuk memberi layanan hak kepada warga Uighur yang berada di Xinjiang mahupun di negara-negara lain yang dinafikan hak untuk kembali ke negara mereka.
Bantahan aman dilakukan di hadapan Kedutaan China, Jalan Ampang di sini hari ini. – FOTO ZAHID IZZANI
“Justeru kita mohon agar mereka dibenarkan untuk bertemu dengan keluarga mereka dan paling penting agar semua yang ditahan dalam kem tahanan seluruh Xinjiang dan China dibebaskan serta merta,” katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, bantahan aman yang dibuat hari ini serentak di Kedutaan China seluruh dunia sempena genap 10 tahun penindasan berlaku terhadap warga Uighur.
Menurutnya, kerajaan China tidak seharusnya menutup isu Uighur ini dengan membawa NGO-NGO Islam, mungkin jabatan-jabatan tertentu kerajaan pergi ke Xinjiang dengan memberi hotel percuma, makanan percuma tiket kapal terbang percuma kononnya tidak ada berlaku kezaliman di sana.
“Henti layan kami seperti kami orang yang tidak tahu apa-apa. Kita tahu apa yang berlaku di sana. Apa yang kita mahukan adalah kebenaran,” katanya.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked