Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEJADIAN RUNTUHAN BUMBUNG DEWAN IKIM PERLU SIASATAN TERPERINCI – MENTERI AGAMA

DALAM NEGARA

KEJADIAN RUNTUHAN BUMBUNG DEWAN IKIM PERLU SIASATAN TERPERINCI – MENTERI AGAMA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mahu siasatan terperinci dijalankan berhubung kejadian runtuhan bumbung dewan besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), semalam.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mahu siasatan terperinci dijalankan berhubung kejadian runtuhan bumbung dewan besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), semalam.

Beliau telah meminta Ketua Pengarah IKIM memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung kejadian itu agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Saya telah dimaklumkan berkaitan kejadian bumbung Dewan Besar IKIM yang runtuh pada pagi semalam. Kejadian berkenaan telah mengakibatkan kecederaan ringan lima orang kakitangan IKIM.

“Saya mendoakan lima orang kakitangan berkenaan diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Na’im, pihaknya meminta pengurusan IKIM mengambil langkah keselamatan dengan kadar segera agar tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Semalam media melaporkan beberapa individu berusia antara 30 hingga 50 tahun cedera dalam kejadian runtuhan bumbung dewan IKIM, di Jalan Duta, ibu negara, pagi semalam. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading