Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI DIHURUNG SEMUT, DITINGGALKAN DI HENTIAN BAS

DALAM NEGARA

BAYI DIHURUNG SEMUT, DITINGGALKAN DI HENTIAN BAS

Seorang bayi lelaki ditemui dengan keadaan dihurung semut dalam sebuah kotak di Hentian Bas Taman Kota Wira, Taiping pagi semalam.

IPOH: Seorang bayi lelaki ditemui dengan keadaan dihurung semut dalam sebuah kotak di Hentian Bas Taman Kota Wira, Taiping pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata bayi malang itu yang dibaluti dengan tuala, ditemui oleh seorang wanita yang memberhentikan kenderaan untuk mengambil barang di dalam bonet kereta, kira-kira pukul 10 pagi.

“Semasa wanita itu turun dari keretanya, beliau terdengar bunyi bayi menangis di hentian bas berkenaan sebelum menjumpai bayi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata bayi itu telah dikejarkan ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan oleh doktor mendapati bayi berkenaan cukup sifat dan matang seberat 2.62 kilogram.

Razlam berkata bayi itu mengalami masalah pernafasan laju, serta memerlukan intubasi dan mempunyai ciri-ciri kurang air dalam badan dan  telah diberikan rawatan dan antibiotik.

“Keadaan bayi kini stabil dan masih dirawat di unit rawatan intensif neonatal (NICU),” katanya.

Razlam berkata polis sedang mengenal pasti suspek yang membuang bayi itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading