Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KELANTAN BENARKAN BAZAR, MADINAH RAMADAN

UTAMA

KELANTAN BENARKAN BAZAR, MADINAH RAMADAN

KOTA BHARU: Kerajaan negeri membenarkan operasi bazar Ramadan dan Program Madinah Ramadan pada bulan puasa kali ini, selepas dua tahun tidak diadakan bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19.

GAMBAR HIASAN

KOTA BHARU: Kerajaan negeri membenarkan operasi bazar Ramadan dan Program Madinah Ramadan pada bulan puasa kali ini, selepas dua tahun tidak diadakan bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin berkata peniaga dan pelanggan bazar Ramadan serta peserta program Madinah Ramadan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Mengenai bilangan peniaga, tugas penentuan jumlah (peniaga) diserahkan kepada PBT (pihak berkuasa tempatan) setiap daerah. Di bawah Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sudah diluluskan sebanyak 13 tapak bazar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-Royong Pesisir Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Kundor di sini hari ini.

Bagi Madinah Ramadan pula, Dr Izani berkata program yang melibatkan aktiviti seperti solat terawih, berbuka puasa dan sahur itu, akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV.

“Persiapan seperti memasang khemah juga telah dilakukan sejak Ahad lalu. Pada tahun ini, kira-kira 500 orang jemaah sahaja dibenarkan mengikuti program Madinah Ramadan bagi mematuhi kapasiti SOP ditetapkan,” katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading