PEMAIN ARSENAL PELUK ISLAM

Pemain bola sepak Arsenal, Thomas Partey dilaporkan telah memeluk Islam.
Berita Partey memeluk Islam itu telah dikongsi akaun Twitter @TikiTakaConnor.
“Thomas Partey telah memeluk Islam. Tahniah,” kata ciapan tersebut.
Ciapan itu turut disertakan gambar Partey sedang memegang Al-Quran bersama Imam Sheikh Muhammad Al-Azhari di Pusat Islam di London.
Setakat ini pemain kelahiran Ghana yang berusia 28 tahun itu dilapor belum mendedahkan mengapa dirinya terdetik untuk menjadi seorang Muslim. – AlHijrah Online