KEMALANGAN PUTRAJAYA: PEMANDU LORI MAKLUM ‘TAK SEMPAT’
PUTRAJAYA: Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut di Putrajaya awal pagi tadi memaklumkan kepada polis insiden berlaku akibat ‘tidak sempat’.
Keadaan kemalangan melibatkan pelanggaran sebuah lori dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini hari ini. – Bernama
PUTRAJAYA: Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut di Putrajaya awal pagi tadi memaklumkan kepada polis insiden berlaku akibat ‘tidak sempat’.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata setakat ini pihak polis masih menyiasat punca lori tersebut gagal memberhentikan kenderaan.
“Kita tidak tahu lagi mungkin dia terleka main telefon bimbit dan kalau kita tengok lori nampak baru tak pasti ada permasalahan apa tapi kita akan siasat untuk mendapatkan maklumat apa sebenarnya yang berlaku.
“Tadi bila kita cuba dapatkan maklumat apa yang berlaku jawapan yang diberikan (pemandu lori) dia tak sempat. Jadi kita tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan dengan tidak sempat,” katanya dalam sidang media di lokasi nahas hari ini.
Katanya polis juga mengesyaki kenderaan itu bergerak laju ketika menuruni kawasan bukit di lokasi kejadian.
Polis akan melakukan ujian air kencing kepada pemandu tersebut selain permohonan tahanan reman akan dibuat hari ini.
A.Asmadi memaklumkan semakan terhadap pemandu berkenaan mendapati tiada rekod kesalahan trafik.
Dalam kejadian pagi tadi dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan pelanggaran sebuah lori dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara, Putajaya.
Ketika kejadian polis sedang memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan anggota polis pengiring yang sedang melakukan latihan mengiringi perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL).
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lori terbabit yang datang dari arah belakang telah mengubah laluan dari laluan tengah ke laluan kiri dan merempuh 11 kenderaan di hadapan iaitu empat motosikal, enam kereta dan sebuah lori.
Dua penunggang motosikal yang maut masing-masing berusia 25 dan 39 tahun manakala beberapa lagi mangsa kemalangan cedera.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager