Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA MAUT, TUJUH CEDERA NAHAS REMPUHAN TRELER DI PUTRAJAYA

DALAM NEGARA

DUA MAUT, TUJUH CEDERA NAHAS REMPUHAN TRELER DI PUTRAJAYA

Berdasarkan rakaman video yang tular, treler tersebut dilihat gagal memberhentikan kenderaan sebelum merempuh kenderaan lain yang sedang berhenti di hadapan.

PUTRAJAYA: Dua orang maut manakala tujuh lagi cedera dalam nahas rempuhan treler di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong, pagi tadi.

Berdasarkan rakaman video yang tular, treler tersebut dilihat gagal memberhentikan kenderaan sebelum merempuh kenderaan lain yang sedang berhenti di hadapan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Putrajaya berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.20 pagi tadi di Persiaran Utara menghala ke Presint 12.

Nahas yang berlaku melibatkan enam kereta, dua lori, tiga motosikal dan sebuah motosikal polis trafik, dengan satu daripada lori terlibat dipercayai melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di jalan tersebut.

“Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan Presint 14 dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya seperti dilapor Utusan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebuah lori yang datang dari arah belakang telah mengubah laluan dari laluan tengah ke laluan kiri dan merempuh kenderaan di hadapan.

Beliau berkata dua lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang manakala beberapa mangsa turut cedera.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori akan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading