Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU, DUA PENUMPANG MAUT BAS EKSPRES TERBABAS

DALAM NEGARA

PEMANDU, DUA PENUMPANG MAUT BAS EKSPRES TERBABAS

KUANTAN: Tiga lelaki maut selepas bas ekspres dua tingkat dinaiki mereka terbabas di Kilometer 81 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Kubang Rusa, kira-kira 90 kilometer dari Kuala Lipis, awal pagi tadi. 

Sumber Facebook

KUANTAN: Tiga lelaki maut selepas bas ekspres dua tingkat dinaiki mereka terbabas di Kilometer 81 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Kubang Rusa, kira-kira 90 kilometer dari Kuala Lipis, awal pagi tadi. 

Mereka yang meninggal dunia ialah pemandu bas Ab Aziz Daud, 63, dan dua penumpang iaitu Shukri Mat Noor, 55, serta Hossain Kamal, 41, yang merupakan warga Bangladesh. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata kemalangan berlaku pada 1.50 pagi semasa bas yang membawa 18 penumpang itu dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur. 

“Bas itu dipercayai hilang kawalan semasa melalui selekoh menyebabkan terbabas ke bahu jalan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini. 

Beliau berkata kejadian juga menyebabkan enam lagi penumpang dan pemandu kedua bas itu cedera, selain bahagian kiri bas remuk. 

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan kemalangan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata seramai 24 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dan Gua Musang, Kelantan dikejarkan ke tempat kejadian. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading