KEMBALIKAN SEMULA UPSR DAN PT3 BERGANTUNG LAPORAN PPPM 2025
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan sama ada mengembalikan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), bergantung kepada hasil pembentangan laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2025 (PPPM 2025) yang akan tamat tiga tahun lagi.
NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan sama ada mengembalikan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), bergantung kepada hasil pembentangan laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2025 (PPPM 2025) yang akan tamat tiga tahun lagi.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sebarang keputusan untuk kembalikan peperiksaan itu, perlu merujuk kepada fakta dan data yang dikumpul sepanjang tempoh PPPM 2025, dan bukan kepada kecenderungan sedia.
“Kita faham keprihatinan ibu bapa, susulan anak-anak tidak menduduki peperiksaan dan sebenarnya isu ini sudah melalui proses sangat panjang dengan pihak berkepentingan, ibu bapa dan guru-guru sebelum memutuskan untuk memansuhkan UPSR.
“Jadi kita kena bentangkan dahulu hasil laporan PPPM 2025 untuk melaksanakan penambahbaikan sistem pendidikan dan laporan tersebut akan menunjukkan keberhasilan melibatkan peperiksaan dan proses pembelajaran anak-anak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, ditemui selepas hadir hari bersama rakyat Nibong Tebal di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Nibong Tebal, di sini.
PPPM yang dilancarkan pada 2013, bakal tamat pada 2025.
Fadhlina berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung sama ada peperiksan UPSR dan PT3 akan dilaksanakan semula dalam masa terdekat, ekoran ramai ibu bapa menuntut agar ia dikembalikan dalam sistem pendidikan negara.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata setakat ini pendirian KPM ialah ingin memperkukuhkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi penambahbaikan, kemajuan dan potensi pelajar berbanding peperiksaan, malah ia sebagai proses ansur maju kanak-kanak secara holistik yang ia tidak tumpu kepada satu aspek sahaja.
“Pendirian KPM sekarang nak kukuhkan PBS yang sedia ada melalui pengenalan ujian akhir akademik dan bukan macam UPSR atau PT3, yang tidak mahu terlalu fokus kepada peperiksaan. Jadi dalam hal ini, kena bagi sedikit ruang dan masa, kita akan lihat hasil pembentangan PPPM 2025,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata KPM juga komited memastikan takwim sesi persekolahan yang dianjak kepada Mac sejak tahun lepas, akan dikembalikan semula kepada jadual asal iaitu Januari tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Fadhlina berkata perkara berkenaan masih belum boleh dilaksanakan tahun hadapan, memandangkan perlu menyelesaikan pelbagai justifikasi mengikut Akta Pendidikan 1996.
“Kita akan balik ke Januari, jangan risau kerana saya tahu ramai ibu bapa tertunggu-tunggu dan meminta kementerian untuk kembalikan permulaan sesi persekolahan seperti biasa, cuma terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
“Sebagai contoh, jumlah hari bersekolah seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 hendaklah tidak kurang daripada 190 hari, selain itu, kita turut perlu mengambil kira takwim bagi sekolah-sekolah di negeri Kumpulan A dan B,” katanya.
Fadhlina berkata perubahan semula takwim persekolahan juga perlu mengambil jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun.
“Kami bimbang akan berlaku kacau ganggu terhadap proses pendidikan anak-anak selain mengambil kira peperiksaan SPM, STPM dan STAM,” katanya.
Sebelum ini, sesi persekolahan berubah susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang menyebabkan takwim persekolahn bagi 2022/2023 bermula pada Mac 2022.
Takwim bagi sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 10 dan 11 Mac tahun hadapan mengikut negeri. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager