TANAH RUNTUH: MAYAT TERAKHIR DITEMUKAN PADA HARI KESEMBILAN SAR
Walaupun kesemua mayat mangsa telah ditemukan, operasi SAR yang sudah berlangsung selama sembilan hari itu masih diteruskan bagi kerja pemeriksaan serta siasatan lanjut di tapak kejadian.
Anggota mencari dan menyelamat yang terlibat dalam misi menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm Batang Kali bergambar beramai-ramai selepas berjaya menemui mayat mangsa terakhir hari ini. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Penantian dan usaha pencarian mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali di sini, berakhir selepas mayat mangsa itu ditemukan petang tadi.
Selepas sembilan hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan, mayat terakhir atau mangsa ke-31 iaitu kanak-kanak lelaki dipercayai berusia lingkungan antara 7 hingga 12 tahun, ditemukan pasukan SAR pada pukul 4.53 petang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata mayat itu ditemukan dalam keadaan telungkup di tebing bukit, kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan sektor A (hill view) dengan kedudukan mangsa yang tertimbus pada kedalaman tanah 1.5 meter.
“Mayat ditemukan dalam sleeping bag dengan keadaan sempurna dan berpakaian, namun sudah mula mereput. Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Walaupun kesemua mayat mangsa ditemukan, beliau berkata operasi SAR yang sudah berlangsung selama sembilan hari itu, masih diteruskan bagi kerja pemeriksaan serta siasatan lanjut di tapak kejadian, dan keputusan untuk menamatkan SAR berkenaan akan dimaklumkan esok.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor Wan Md Razali Md Wan Ismail berkata mangsa terakhir itu, ditemui hasil korekan secara manual oleh anggota penyelamat yang mengesan aliran cecair, yang dipercayai daripada mayat tersebut.
Dalam tragedi pada awal pagi 16 Dis lepas, seramai 92 mangsa yang terlibat dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan mangsa. Kejadian menyayat hati itu meragut nyawa 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak.
Kawasan SAR yang dibahagikan kepada tiga sektor pencarian iaitu sektor A, sektor B (farm view) dan sektor C (river side) itu, melibatkan kekuatan melebihi 250 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi serta khidmat unit anjing pengesan (K9) selain penggunaan jentera berat.
Operasi itu melibatkan kerjasama lima agensi utama kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, JBPM, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Secara keseluruhan, 20 mayat ditemukan di sektor A, satu di sektor B dan 10 lagi di sektor C.
Operasi itu disifatkan mencabar kerana kedudukan runtuhan pada sudut 45 darjah dan luas, serta keadaan timbunan tahan yang tebal dan berlumpur, selain faktor cuaca tidak menentu menyaksikan operasi tersebut beberapa kali ditangguhkan atas faktor risiko keselamatan.
Operasi SAR itu turut menguji ketahanan mental dan fizikal semua petugas operasi dan tidak terkecuali beberapa ekor anjing K9, terpaksa direhatkan akibat keletihan melampau, malah awal hari ini, seorang anggota APM yang terlibat dalam operasi itu dikejarkan ke hospital selepas pengsan dipercayai akibat keletihan melampau dan dehidrasi.
Semalam, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan senarai identiti 30 individu terkorban dalam kejadian itu selepas proses mengenal pasti dilakukan menerusi kaedah padanan asid deoksiribonukleik (DNA), cap jari, gigi dan pengecaman waris termasuk pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.
Dalam pada itu, rata-rata rakyat Malaysia di media sosial menzahirkan kesyukuran selepas mayat mangsa terakhir berjaya ditemukan, selain merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh anggota pasukan SAR yang bertungkus lumus melaksanakan operasi tersebut. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked