KEPUTUSAN PERMOHONAN SIJIL HALAL WAJIB DIBERI DALAM TEMPOH 30 HARI BEKERJA – AHMAD ZAHID
Keputusan bagi setiap permohonan untuk mendapatkan sijil halal, wajib diberikan dalam tempoh 30 hari bekerja dan tiada alasan untuk ia dilewatkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Keputusan bagi setiap permohonan untuk mendapatkan sijil halal, wajib diberikan dalam tempoh 30 hari bekerja dan tiada alasan untuk ia dilewatkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya beliau ada mendengar rungutan yang mendakwa proses permohonan itu mengambil tempoh dari sembilan bulan sehingga dua tahun, malah ada yang hanya mendapat maklum balas permohonan tidak diluluskan selepas dua tahun.
“Laporan yang saya terima daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) memperlihatkan bahawa mereka telah mengambil beberapa langkah proaktif dan keputusan kelulusannya telah dipercepatkan. Maklumat itu mungkin hanya maklumat di atas kertas, tetapi di luar sana masih terdapat rungutan.
“Harus ada keterlangsungan di antara proses memperbaiki dan mempercepatkan pengeluaran sijil itu,” katanya dalam ucaptama majlis Halal Sector Forum 2023, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut mahukan supaya bengkel pensijilan halal diadakan tiga kali setahun bagi menyegerakan pengeluaran sijil halal kepada pemohon baharu dan mereka yang ingin memperbaharui sijil.
Pada masa sama, beliau berkata prosedur bagi memperolehi sijil halal juga perlu dipermudahkan supaya tidak menyusahkan pemohon dan perkara itu boleh dilakukan sekiranya terdapat kerjasama antara kumpulan agama dan pakar serta pemain industri halal.
“Kita harus keluar daripada kepompong bekerja secara silo,” katanya.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata bagi menentukan pembaharuan pensijilan halal, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah menawarkan kursus dengan silibus berdasarkan cadangan JAKIM khususnya dalam bidang halal.
Menerusi inisiatif itu beliau berkata MARA, melalui Giatmara dan beberapa TVET lain diminta untuk menghasilkan lebih ramai juruaudit halal di dalam industri yang mengeluarkan produk halal.
Malah, katanya Universiti Kuala Lumpur (UniKL) juga telah mewujudkan kursus yang berkaitan industri halal di peringkat Ijazah, Sarjana dan Doktor falsafah (PhD).
“Maka saya minta syarikat multinasional (MNC) serta syarikat besar terutama produk berasaskan eksport atau pekilang harus mengambil juruaudit halal menentukan piawaian dan tatacara halal ini dapat diikuti berdasarkan khidmat nasihat dan pandangan professional juruaudit ini.
“Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan, berdasarkan saranan Perdana Menteri bahawa langkah-langkah sinergi harus dilakukan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Halal Development Corporation Berhad (HDC), JAKIM, Jabatan Standard Malaysia (JSM) dan MARA agar penyelarasan dapat dilakukan segera.
Ahmad Zahid berkata beliau memberikan tempoh hingga 3 Okt ini untuk melaksanakan usaha-usaha itu sebelum beliau mempengerusikan Majlis Pembangunan Halal Malaysia.
Terdahulu, Ahmad Zahid meluangkan masa melawat tapak pameran Halal Sector Forum 2023 serta menyaksikan Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di pempamer MARA. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests