Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CUKAI JALAN, INSURANS TAMAT TEMPOH PUNCA MOTOSIKAL ‘RIDER’ DISITA – JPJ

DALAM NEGARA

CUKAI JALAN, INSURANS TAMAT TEMPOH PUNCA MOTOSIKAL ‘RIDER’ DISITA – JPJ

Cukai jalan dan insurans kenderaan tamat tempoh punca sebuah motosikal penunggang p-hailing disita, kata Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

KUALA LUMPUR: Cukai jalan dan insurans kenderaan tamat tempoh punca sebuah motosikal penunggang p-hailing disita, kata Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

JPJ dalam satu komen di hantaran Facebook berkata, kenderaan p-hailing itu sudah tamat tempoh sejak bulan Februari 2023.

“Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan insurans tiada oleh itu JPJ sita kenderaan terbabit bagi mengelakkan permasalahan kepada pemandu terbabit jika berlaku kemalangan.

“Jika berlaku kemalangan, ia akan menyukarkan pemandu lain dan keluarga kelak,” kata JPJ ringkas di Facebook.

Terdahulu tular video memaparkan seorang penunggang p-hailing terpaksa berjalan kaki sambil menggalas beg penghantaran makanan selepas motosikalnya disita JPJ.

Lelaki itu dilihat berjalan dengan topi keledar masih di kepalanya dalam keadaan cuaca panas.

Motosikalnya dipercayai disita Jabatan Pengangkutan Jalan, di Nilai, Negeri Sembilan.

Sebagai rekod, JPJ akan menyita penunggang motosikal yang didapati melanggar kesalahan jalan raya di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, antaranya tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan menunggang motosikal secara berbahaya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading