KEPUTUSAN RAYUAN REMAJA BUNUH PENGHUNI PUSAT TAHFIZ PADA 14 JULAI
Mahkamah Rayuan menetapkan 14 Julai ini untuk menyampaikan keputusannya terhadap rayuan seorang remaja yang didapati bersalah membunuh 23 orang dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang terbakar pada 14 September 2017. Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 14 Julai ini untuk menyampaikan keputusannya terhadap rayuan seorang remaja yang didapati bersalah membunuh 23 orang dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun juga akan memberi keputusan pada hari yang sama berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan seorang lagi remaja bagi pertuduhan itu tanpa mengarahkannya membela diri.
Abu Bakar yang mengetuai panel itu berkata mereka tidak bersedia untuk memberikan keputusan itu hari ini kerana perlu meneliti penghujahan lisan dan bertulis yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.
Sebelum itu, panel mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya How May Ling dan peguam Haijan Omar berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan dan melepaskan remaja kedua, berusia 22 tahun, atas kesalahan itu tanpa memanggilnya membela diri.
Rayuan remaja pertama terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 yang mendapatinya bersalah terhadap kesalahan itu dan memerintahkannya ditahan di penjara selama diperkenankan Yang-di-Pertuan Agong, didengar pada 9 Mac lepas.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja berusia 16 tahun itu ketika kejadian, bersama seorang lagi individu tidak dikenali, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 orang yang menghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 Sept 2017.
Terdahulu, semasa prosiding hari ini, How dalam hujahnya menggesa mahkamah supaya memerintahkan remaja kedua membela diri atas pertuduhan itu.
Beliau berkata adalah mustahil bagi seorang individu menyebabkan kebakaran di sekolah itu kerana terdapat dua tong gas seberat 14 kilogram (kg) setiap satu dibawa dari tingkat bawah sekolah ke tingkat dua melalui tangga.
Beliau berkata satu tong gas diletakkan secara melintang di pintu manakala satu lagi secara menegak dan petrol disimbah ke pintu serta api dinyalakan.
“Mustahil untuk seorang (melakukannya), ia dilakukan oleh dua orang,” katanya sambil menambah bahawa secara fizikal orang kedua ialah responden (remaja kedua).
Beliau berkata bukti mengikut keadaan menunjukkan terdapat empat individu iaitu remaja pertama dan kedua serta dua lagi lelaki yang bersaudara dilihat di belakang sekolah tahfiz itu.
How berkata remaja pertama dan seorang lagi individu tidak dikenali telah memasuki pusat tahfiz dengan memanjat pagar belakang pusat berkenaan.
Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan susuk tubuh remaja kedua yang bertubuh kecil dan kurus, remaja kedua mampu melalui celah kecil pagar dawai duri untuk masuk ke perkarangan sekolah berbanding dua beradik yang gempal.
Sementara itu, Haijan yang mewakili kedua-dua remaja itu berkata tiada pengecaman positif bahawa remaja kedua itu telah memasuki sekolah tersebut, dan menambah mereka tidak boleh mengetepikan bahawa dua beradik itu memasuki sekolah tersebut.
Beliau berkata tiada bukti menunjukkan remaja kedua terbabit dalam jenayah itu dan remaja itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests