Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA PENIAGA WARGA ASING DI PASAR BESAR JALAN MERU – MPK

DALAM NEGARA

TIADA PENIAGA WARGA ASING DI PASAR BESAR JALAN MERU – MPK

Hasil bancian yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mendapati kesemua peniaga dan pemegang lesen di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru adalah rakyat tempatan, manakala warga asing yang berada di premis berkenaan hanya sebagai pembantu.

SHAH ALAM: Hasil bancian yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mendapati kesemua peniaga dan pemegang lesen di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru adalah rakyat tempatan, manakala warga asing yang berada di premis berkenaan hanya sebagai pembantu.

Pengarah Pengurusan Pasar dan Penjaja MPK Azhar Samsudin berkata pihaknya tidak berkompromi terhadap dakwaan isu peniaga warga asing di pasar itu dan mensyaratkan hanya warganegara sahaja yang layak memohon premis. 

“Pihak MPK akan mengambil tindakan sitaan serta-merta, selain pembatalan premis dan pembatalan lesen juga dikenakan ke atas mana-mana penyewa yang menyewakan premis kepada warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya pemantauan secara berterusan dilaksanakan Jabatan Pengurusan Pasar dan Penjaja bagi memastikan tiada warga asing yang berniaga dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana peniaga yang menyewakan premis mereka bagi mencari jalan mudah mengaut keuntungan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading