Cuaca panas berlarutan turut memberi kesan kepada paras air Sungai Nenggiri, di sini yang kini semakin surut sehingga menyebabkan keadaan berlumpur, selain beting pasir dan batu-batuan mula timbul.
Pemandu bot enjin galah Muhamad Fakhry Sharif, 27, berjalan di atas beting pasir di Sungai Nenggiri, di sini. Selain berlumpur, beting pasir dan batu-batuan mula timbul ekoran cuaca panas menyebabkan air sungai semakin surut ketika ini. Keadaan itu menuntut pemandu bot enjin galah dan enjin sangkut supaya lebih berhati-hati memandangkan paras air memainkan peranan dalam pekerjaan mereka yang bergantung kepada sungai berkenaan untuk menjana ekonomi keluarga. –fotoBERNAMA
GUA MUSANG: Cuaca panas berlarutan turut memberi kesan kepada paras air Sungai Nenggiri, di sini yang kini semakin surut sehingga menyebabkan keadaan berlumpur, selain beting pasir dan batu-batuan mula timbul.
Pemandu bot enjin galah, Muhamad Fakhry Sharif, 27, berkata situasi air sungai yang semakin mengering itu disedari pemandu bot dan nelayan sejak awal minggu lepas.
Katanya keadaan itu memaksa mereka untuk lebih berhati-hati memandangkan paras air sungai turut menimbulkan risiko terhadap pekerjaan mereka sama ada sebagai nelayan sungai mahupun membawa bot penumpang.
“Kami dapati Sungai Nenggiri surut lebih dua meter sejak awal minggu ini. Kami sedar risiko keselamatan ketika mengemudi bot dalam keadaan air surut, tetapi sebagai nelayan sungai kami perlu terus bekerja menggunakan bot untuk menjana ekonomi keluarga.”
“Kami berharap cuaca panas ini tidak berpanjangan dan dapat meneruskan aktiviti di kawasan Sungai Nenggiri seperti biasa. Selain menoreh dan berkebun, ramai penduduk menjadi nelayan sungai untuk menampung keperluan harian,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bertam Baru, di sini.”
Pemandu bot enjin sangkut, Shaari Mustapa, 55, berkata sebahagian pemandu bot yang terkesan terpaksa berhenti kerja buat sementara kerana bimbang risiko yang akan dihadapi.
Dia yang berpengalaman lebih 40 tahun mengendalikan bot, berkata hanya pemandu bot enjin galah dan enjin sangkut yang mahir sahaja berani meneruskan tugas mereka mengemudi bot bagi membawa penumpang atau mencari hasil sungai.
“Dengan pengalaman yang ada saya sudah mahir selok-belok arus Sungai Nenggiri. Kebanyakan orang baharu atau orang luar akan berhenti membawa bot di sungai ini ketika air surut kerana banyak cabaran termasuk kawasan sungai banyak beting pasir, tunggul kayu dan batu besar,” katanya.
Menurut Shaari jalan sungai menjadi pilihan sesetengah penumpang untuk ke Kampung Lulut atau Kuala Sungai kerana hanya mengambil masa kira-kira 15 minit berbanding lebih dua jam jika menggunakan jalan darat dari Ladang Serasa.
Menurutnya harga tambang bot enjin sangkut yang dikenakan antara RM80 dan RM150 untuk tempoh sehari.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests