Kementerian Dalam Negeri (KDN) melepaskan sebanyak 1.5 tan abu al-Quran yang telah dilupuskan ke dalam laut melalui Program Pemuliaan (Pelupusan) Al-Quran, di kawasan perairan Pulau Pinang, di sini hari ini.
GEORGE TOWN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melepaskan sebanyak 1.5 tan abu al-Quran yang telah dilupuskan ke dalam laut melalui Program Pemuliaan (Pelupusan) Al-Quran, di kawasan perairan Pulau Pinang, di sini hari ini.
Abu berkenaan dilepaskan di kawasan Pulau Kendi iaitu kira-kira 15 batu nautika dari Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu di Batu Uban, dengan disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Dengan menaiki kapal milik PPM Wilayah Satu dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, kaedah pembuangan abu al-Quran dijalankan mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992.
Shamsul Anuar berkata pelupusan abu al-Quran itu melibatkan 2,750 naskah yang terkumpul melalui tindakan penguatkuasaan, program advokasi dan program komuniti yang dijalankan pihaknya di Pulau Pinang.
Beliau berkata pelupusan itu juga melibatkan al-Quran yang koyak, rosak, tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan Rasm Uthmani iaitu tidak diperakui oleh KDN kerana dikhuatiri terdapat kesilapan cetakan dan ayat al-Quran pada naskah tersebut.
Shamsul Anuar berkata kaedah pemuliaan yang dilaksanakan itu juga mengikut kaedah yang ditetapkan Garis Panduan Pelupusan Teks al-Quran yang telah dikeluarkan oleh KDN melalui Lembaga Pengawalan Pelesenan dan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ).
Katanya sebagai panduan kepada proses pemuliaan yang tertib, pihak KDN juga telah mengeluarkan garis panduan melalui LPPPQ untuk rujukan umum.
“Proses pemulian abu al-Quran hari ini dijalankan melalui kaedah yang tertib dan terkawal melalui proses pendebuan dan pelepasan di laut, macam hari ini kita lupuskan di kawasan Pulau Kendi iaitu pada kedalaman kira-kira 18 meter.
“Proses hari ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Mufti Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Masjid Seberang Perai Selatan,” katanya.
Shamsul Anuar berkata selain pendebuan dan pelepasan di laut, pihak KDN turut menjalankan proses pelupusan al-Quran dengan cara menanam di tempat tersembunyi bagi mengelak salah faham orang ramai
Menurutnya KDN melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan menjalankan penguatkuasaan serta pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan al-Quran yang dijual di pasaran mempunyai perakaun KDN.
Beliau berkata pihaknya juga melaksanakan kempen ke arah sifar teks al-Quran tiada perakaun KDN dengan menjalankan operasi dan pemeriksaan terhadap penjual, pengimport, pengedar, premis simpanan, pintu masuk negara serta peniagaan secara dalam talian.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests