Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh hari ini. — Bernama
IPOH: Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata tuduhan jelik pihak pembangkang yang memainkan isu tersebut disifatkan pemalsuan fakta dan boleh mencetuskan kebencian.
“Ini khayalan apa? Tidak ada, Datuk Seri Saarani (Saarani Mohamad) ada di Ipoh (di sini), KSN (Ketua Setiausaha Negara) ada di sini.
“Kita tidak pernah bincang untuk mengubah prinsip sama ada (berkaitan) bahasa atau Islam atau hak keistimewaan Melayu Bumiputera, atau kedudukan Raja-Raja. Tidak ada, tidak pernah sepanjang saya jadi perdana menteri, tidak pernah dibincang atau disuarakan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Dr Hazami Jahari.
Anwar berkata pembangkang seharusnya menghentikan perbuatan menyebarkan berita palsu yang menghasut dan mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan dengan menggunakan isu agama dan bangsa.
Katanya semua pihak boleh bersuara mengkritik kerajaan, namun bukan dengan menyebarkan penipuan kepada rakyat.
“Kritiklah dasar ekonomi, isu ringgit, atau PM tidak bijak, tetapi tidak boleh khianat dan menyebarkan cerita seolah-olah apa yang kita lakukan merosakkan bangsa dan agama,” katanya.
Beliau berkata pembangkang sepatutnya bersama-sama dengan kerajaan dalam memelihara kestabilan dan keharmonian negara yang wujud kerana keamanan negara dikekalkan.
Katanya kestabilan ekonomi negara dianggap hebat dan disegani lawan dan kawan kerana negara mempunyai dasar yang jelas.
“Berbeda pendapat dalam politik itu biasa, semua orang bebas untuk bicara, tetapi haruslah penuh tanggungjawab. Jika tidak, akan timbul budaya cemas dan takut, seolah-olah anak kecil ditakutkan degan hantu yang tidak wujud,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.