KERAJAAN TINGKAT USAHA TAMBAH BAIK PROSES PENGELUARAN SIJIL HALAL – ZULKIFLI
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mempercepatkan proses ini, termasuk meningkatkan bilangan juruaudit halal serta membangunkan sistem teknologi baru.
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk memperbaiki proses pengeluaran sijil halal secara berterusan, yang kini dapat dipendekkan kepada 30 hari berbanding beberapa bulan sebelumnya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mempercepatkan proses ini, termasuk meningkatkan bilangan juruaudit halal serta membangunkan sistem teknologi baru.
“Statistik menunjukkan peningkatan dalam jumlah permohonan dan kelulusan sijil halal. Antara inisiatif yang dijalankan adalah dengan menambah juruaudit halal untuk mempercepatkan proses ini.
“Selain itu, kami juga sedang membangunkan sistem MYeHALAL 2.0 yang akan memanfaatkan teknologi untuk mempercepatkan kelulusan,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mengenai langkah kerajaan memastikan proses pensijilan halal telus dan tiada kelewatan sehingga menyebabkan peniaga atau pemilik premis tidak memohon sijil halal kerana proses yang panjang.
Mengenai pemantauan sijil halal, Zulkifli berkata aspek itu dijalankan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan dan data menunjukkan ia berlaku secara berterusan sekali gus memberikan keyakinan kepada pengguna bahawa halal JAKIM melibatkan proses yang menyeluruh.
Menjawab soalan tambahan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) mengenai penggunaan kutipan fi pensijilan halal untuk membantu peniaga kecil dan sederhana, Zulkifli berkata pihaknya mengadakan banyak program penerangan dan bimbingan, termasuk Halal On Track dan klinik halal untuk memudahkan peniaga mendapatkan sijil halal.
“Kami juga bekerjasama dengan pelbagai industri termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk membantu peniaga di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) memperoleh sijil halal,” katanya.
Zulkifli berkata kutipan fi pada 2023 mencapai RM12.15 juta dan jumlah yang berjaya dikutip dari 2012 hingga tahun lepas melebihi RM80 juta, sekali gus menunjukkan perkembangan baik.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests