Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYARAN AKHIR STR MULAI ESOK, SARA PADA 9 DIS – MOF

DALAM NEGARA

BAYARAN AKHIR STR MULAI ESOK, SARA PADA 9 DIS – MOF

Bantuan tunai tambahan ‘one-off’ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada lapan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bukan kumpulan miskin dan miskin tegar akan disalurkan bermula 9 Dis 2024 (Isnin).

KUALA LUMPUR: Bantuan tunai tambahan ‘one-off’ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada lapan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bukan kumpulan miskin dan miskin tegar akan disalurkan bermula 9 Dis 2024 (Isnin).

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini berkata, bagi 70,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan SARA sepanjang tahun.

“Dengan penambahan bantuan tunai ini, isi rumah berkelayakan akan menerima sehinga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR, selaras dengan keprihatinan Kerajaan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Pembayaran terakhir STR melibatkan peruntukan RM3.4 bilion dan kerajaan telah menyalurkan hampir RM10 bilion kepada penerima STR dan SARA sepanjang tahun 2024 berbanding RM8 bilion pada 2023,” katanya.

Dalam perkembangan sama, bayaran akhir STR 2024 akan disalurkan secara berperingkat mulai 7 Nov (Khamis) kepada 8.7 juta penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Tambahnya, kerajaan akan membuka pendaftaran STR 2025 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.

“Ini bagi memastikan mereka yang layak, namun tiada dalam pangkalan data kerajaan tampil mengemukakan permohonan masing-masing selain membenarkan penerima sedia ada membuat pengemaskinian sekiranya mempunyai perubahan maklumat.

“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data penerima STR sedia ada akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan selain data daripada beberapa agensi kerajaan lain untuk disemak kelayakan STR 2025 mengikut syarat yang ditetapkan,” tambahnya.

Pemohon STR juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut selain semakan status pembayaran dan kelulusan STR boleh dibuat di pautan yang sama.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading