KES HFMD DIJANGKA TURUN DUA HINGGA TIGA MINGGU LAGI – KHAIRY
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, penularan penyakit itu biasanya berlaku secara bermusim dan apabila tahap imuniti kanak-kanak meningkat, kes jangkitan akan turun dengan sendirinya.
ALOR SETAR: Kementerian Kesihatan (KMM) menjangkakan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) akan menurun dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata penularan penyakit itu biasanya berlaku secara bermusim dan apabila tahap imuniti kanak-kanak meningkat, kes jangkitan akan turun dengan sendirinya.
“Ia (HFMD) akan mula dan akan jadi gelombang dan tak sampai sebulan ia akan turunlah dengan signifikan sendirinya.
“Apabila ramai kanak-kanak terdedah kepada virus-virus tersebut, maka tahap imuniti mereka akan naik dan akan turun bilangan kes dan juga ada intervensi dari segi kebersihan kendiri, kebersihan taska, pusat-pusat asuhan dan sebagainya juga membantu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri majlis penyerahan sumbangan peralatan perubatan daripada kerajaan Jepun melalui Bantuan Geran Jepun kepada KKM yang turut dihadiri Duta Besar Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko.
Khairy berkata kementeriannya mempunyai teori berkenaan faktor peningkatan kes HFMD dengan mendadak pada tahun ini berbanding pada 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19.
Beliau berkata sewaktu tempoh pandemik selama dua tahun lepas, kanak-kanak kurang berada di luar dan tidak terdedah kepada virus HFMD sekali gus menyebabkan imuniti mereka rendah bagi melawan virus itu.
“Jadi bila dia (kanak-kanak) tak terdedah kepada virus ini, dia punya tahap imuniti pun turunlah. Dia tak pernah jumpa virus ini. Ini teori klasik imuniti semula jadi. Bila dia tak terdedah dengan virus-virus, dia punya imuniti akan rendah.
“Sebab itu mungkin kes agak tinggi sekarang sebab kanak-kanak kita boleh dikatakan sebagai naif dengan virus HFMD ini, jadi sebab itu akan ada banyak kes ketika ini,” katanya.
Beliau menjelaskan kebanyakan kes HFMD di negara ini juga tidak serius, namun ibu bapa dinasihatkan supaya segera membawa anak mereka mendapatkan rawatan sekiranya bergejala dan tidak menghantar ke taska, tadika atau pusat asuhan kanak-kanak sekiranya dijangkiti penyakit itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests