Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES PINDA LAPORAN AUDIT 1MDB: MAHKAMAH TINGGI BEBAS DAN LEPAS NAJIB, ARUL KANDA

DALAM NEGARA

KES PINDA LAPORAN AUDIT 1MDB: MAHKAMAH TINGGI BEBAS DAN LEPAS NAJIB, ARUL KANDA

 Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan dan melepaskan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB. 

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan dan melepaskan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB. 

Hakim Mohamed Zaini Mazlan, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, berkata pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie case terhadap kedua-dua mereka di akhir kes pendakwaan.

Beliau berkata Arul Kanda, yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan telah memberi keterangan yang benar dan jelas semasa perbicaraan.

Najib, 70, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntuk hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading