Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES POSITIF COVID-19 DIKESAN PADA HARI PERTAMA VTL MALAYSIA-SINGAPURA

DALAM NEGARA

KES POSITIF COVID-19 DIKESAN PADA HARI PERTAMA VTL MALAYSIA-SINGAPURA

KUALA LUMPUR: Hari pertama pelaksanaan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Malaysia-Singapura, satu kes positif COVID-19 telah dikesan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes tersebut dikesan pagi tadi melalui saringan yang dijalankan di pintu masuk Malaysia.

“Pagi tadi saya menerima laporan ada satu kes positif COVID-19 dikesan di pintu masuk antarabangsa Tambak Johor menerusi saringan RTK-Antigen.

“Perkara ini sedang disemak melalui RT-PCR untuk sahkan ujian dan keputusan RTK-Antigen,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Penghargaan Petugas Barisan Hadapan COVID-19 Institut Kesihatan Negara (NIH) – Kementerian Kesihatan (KKM) di Shah Alam.

Beliau juga memaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru sedang buat penilaian risiko terhadap penumpang bas yang bersama dengan individu dikesan positif sama ada mereka perlu menjalani kuarantin dan sebagainya.

“Walaupun ada satu kes saya tidak menganggap ini sesuatu yang boleh mengagalkan VTL sebaliknya contoh pentingnya saringan COVID-19 prapelepasan dan ketika ketibaan,” katanya.

Ujarnya hari ini adalah hari penting kepada Malaysia dan Singapura, jiran paling hampir kepada kedua-dua negara untuk membuka sempadan dengan selamat. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading