KUALA LUMPUR: Bertemakan ‘Growing Up’, persembahan minggu kedua Hijrahkan Laguku (HL) meninggalkan kesan mendalam apabila separuh daripada artis memilih untuk membuka persembahan mereka dengan bacaan ayat suci Al-Quran serta potongan doa.
Zaf VE melantunkan doa buat ibu bapa, manakala Shahir Zawawi membaca potongan ayat dari surah Ar-Rahman dan Datuk Nash serta Rahmad Mega mengalunkan kalam Allah dari surah As-Shams dan Al-Baqarah.
Dalam minggu kedua ini, tiada peserta yang tersingkir dan kesemua lapan peserta mara ke minggu ketiga.
Pengurus Penjenamaan dan Kajian Pengguna TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar berkata tiada penyingkiran bukan tanda selamat dan konsep rancangan itu masih kekal di mana hanya seorang penyanyi bakal bergelar juara HL.
“Minggu ini adalah minggu bonus kepada para peserta. Peluang tidak harus disia-siakan. Mereka perlu kembali pada minggu hadapan dengan lebih baik.
“Kami menjangkakan gaya penyampaian dakwah serta strategi menghijrahkan lagu dan melodi yang lebih mantap pada minggu seterusnya dengan tema berlainan yang pastinya lebih mencabar,” katanya.
Episod kedua HL juga dilihat sedikit berbeza apabila pihak produksi menampilkan juri tambahan iaitu Hazamin Inteam.
“Minggu pertama HL dilihat sedikit tegang apabila media sosial kami dipenuhi dengan lambakan komen-komen netizen yang mahukan juri lain yang berpengalaman luas dalam penggubahan lirik lagu ketuhanan selain Fauzi Marzuki.
“Kami yakini kredibiliti Fauzi Marzuki sebagai juri tetap. Namun kami ambil kira juga pandangan penonton yang mahukan penambahbaikan.
“Minggu kedua dan seterusnya, kita tambah lagi seorang juri jemputan yang berpengalaman dalam rencah lirik lagu dakwah dan ketuhanan,” jelas Zulkarnaen.
Pada minggu kedua HL, kekuatan vokal, lirik serta persembahan mantap Datuk Nash yang menyampaikan lagu Asli menambat hati juri lantas diumumkan sebagai juara persembahan dengan peratusan paling tinggi iaitu 77 peratus.
Selaku juara mingguan beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000 namun wang kemenangan tersebut disumbangkan Datuk Nash kepada salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang akan dikunjunginya bersama pasukan Hijrah Prihatin Hijrahkan Laguku iaitu Pusat Genius Kurnia.
Sementara itu, Shahir Zawawi yang menyanyikan lagu Kepadamu Kekasih mendapat markah kedua tertinggi (72 peratus) diikuti Iwan Shahman di tempat ketiga dengan lagu Solatlah Dulu (66 peratus).
Kesemua peserta diadili oleh tiga juri iaitu Fauzi Marzuki sebagai juri tetap manakala Hazamin Inteam dan Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff pula sebagai juri jemputan.
Siaran ulangan HL turut boleh ditonton di TV AlHijrah pada setiap Ahad, jam 4.30 petang dan rancangan Hijrah Prihatin bersama artis HL pula disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 1 tengah hari. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.