KES ZARA QAIRINA, 60 SAKSI DIRAKAM KETERANGAN – POLIS SABAH
Polis merakam keterangan kira-kira 60 saksi terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah berhubung siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir,13, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.
KOTA KINABALU: Polis merakam keterangan kira-kira 60 saksi terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah berhubung siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir,13, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.
Beliau berkata pihaknya juga dibantu oleh pakar kaunseling bagi membolehkan pelajar yang trauma dapat memberikan keterangan dengan jelas mengenai kejadian berkenaan.
“Siasatan itu telah kita bawa ke Bukit Aman untuk pemerhatian dan juga penelitian akhir sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara. Kita serahkan kepada pihak Bukit Aman untuk memberikan pandangan lanjut berkaitan dengan siasatan kes ini sebagai pihak yang lebih tinggi.
“Kita tidak menolak kemungkinan dakwaan buli ini, tetapi siasatan masih berjalan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.
Sambutan itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman. Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 11 tengah hari, 17 Julai lepas, sehari selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai lepas.
Jauteh berkata siasatan polis pada masa ini menjurus kepada dua elemen utama, iaitu punca kematian dan keadaan persekitaran mangsa.
Beliau berkata orang ramai mahukan siasatan yang telus dan menyeluruh berkenaan kes berkenaan, justeru pihaknya mengambil sedikit waktu untuk menyelesaikan siasatan itu secara teratur dan profesional.
Pada 18 Julai lepas, IPK Sabah telah menghantar satu pasukan khas untuk melakukan siasatan di sekolah.
“Saksi antaranya pelajar sekolah itu, kalau kita buat siasatan secara tidak profesional atau tidak teratur sudah tentulah ini akan menambah lagi trauma mereka terhadap keadaan yang ada sekarang,” katanya.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.