RM67 BILION DIPERUNTUK BAGI PENDIDIKAN DI BAWAH RMK13 – PM ANWAR
Sebanyak RM67 bilion akan diperuntukkan bagi sektor pendidikan pada Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) antaranya untuk membina sekolah baharu, membaiki dan menaik taraf bangunan sekolah, tadika KEMAS, fasiliti dan kemudahan institusi pendidikan tinggi awam.
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM67 bilion akan diperuntukkan bagi sektor pendidikan pada Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) antaranya untuk membina sekolah baharu, membaiki dan menaik taraf bangunan sekolah, tadika KEMAS, fasiliti dan kemudahan institusi pendidikan tinggi awam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembinaan sekolah juga akan dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar baharu manakala pembinaan sekolah vertikal akan diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah yang bersesuaian.
“Kerajaan tekad memastikan kadar enrolmen murid prasekolah dan menengah mencapai 98 peratus, yakni melebihi kadar enrolmen sejagat.
“Untuk rekod sehingga 2025, kerajaan telah menaik taraf 1,200 sekolah daif di seluruh negara,” katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Sementara itu beliau berkata Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang merupakan penanda aras utama pada peringkat kebangsaan akan terus diguna pakai untuk menilai keberkesanan dasar, kurikulum dan pendekatan pedagogi sistem pendidikan.
Anwar berkata kualiti pendidikan negara pada masa sama akan ditingkatkan agar berada separas purata antarabangsa berdasarkan penilaian Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) bagi memastikan sistem pendidikan kekal berdaya saing dan relevan.
“Bagi mempertingkatkan keberhasilan pendidikan, kerajaan sedang bergerak ke arah mewajibkan prasekolah bermula umur lima tahun. Dalam masa yang sama, lebih banyak kemudahan prasekolah di sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) akan disediakan terutama di kawasan desa.
“Kerajaan juga akan melaksanakan kajian semula ke atas waktu persekolahan optimum, menilai keberkesanan sekolah khusus serta menambah baik model pendidikan bagi murid pintar cerdas dan berbakat,” katanya.
Beliau berkata tumpuan juga akan diberikan untuk memperkasakan penguasaan bahasa Melayu di semua peringkat selain bahasa Inggeris dijadikan sebagai sebahagian bahasa pembelajaran dan perhubungan sementara pembelajaran bahasa tambahan akan turut diperluas.
“Penekanan turut diberikan kepada pengukuhan pendidikan STEM dan literasi digital,termasuk pengenalan asas AI bagi melahirkan generasi yang bersedia memenuhi permintaan pasaran kerja masa depan yang bernilai tinggi,” katanya.
Beliau berkata sistem pendidikan negara juga akan diperkemas agar lebih bersepadu, berkesan dan responsif kepada cabaran masa depan dan untuk ini, KPM akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengawal selia pendidikan prasekolah hingga menengah.
Bagi pendidikan prauniversiti dan pengajian tinggi, Anwar berkata ia akan diselaras oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan matlamat memperjelas bidang kuasa dan meningkatkan kecekapan dasar serta pelaksanaan.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.