Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONFLIK IRAN-ISRAEL: KERAJAAN PANTAU PASARAN KEWANGAN DAN POTENSI KESAN KE ATAS MALAYSIA – PM ANWAR

DALAM NEGARA

KONFLIK IRAN-ISRAEL: KERAJAAN PANTAU PASARAN KEWANGAN DAN POTENSI KESAN KE ATAS MALAYSIA – PM ANWAR

“Kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara. Kerajaan juga mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memantau rapat perkembangan konflik Iran-Israel dan juga kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi dampak ke atas Malaysia.

“Kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara. Kerajaan juga mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia,” kata beliau menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia berpendirian bahawa semua pihak harus memainkan peranan untuk memastikan ketegangan di Timur Tengah tidak terus memuncak demi kepentingan dan keamanan sejagat dan berusaha untuk mencapai penyelesaian dengan menamatkan pertelingkahan di rantau tersebut.

“Sebarang jalur penyelesaian yang dipilih tidak akan berkekalan sekiranya keganasan yang sedang berlaku ketika ini tidak ditamatkan dalam kadar segera,” kata beliau. 

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu selain pegawai tertinggi kerajaan bagi membincangkan situasi terkini di rantau Timur Tengah. 

Media antarabangsa hari ini dipetik melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran telah memulakan operasi serangan dron, menyasarkan lokasi di dalam wilayah yang diduduki Israel. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading