Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IRAN: SERANGAN KE ATAS ISRAEL SUDAH BERAKHIR, CAPAI OBJEKTIF

DUNIA

IRAN: SERANGAN KE ATAS ISRAEL SUDAH BERAKHIR, CAPAI OBJEKTIF

“Operasi telah disempurnakan dengan jayanya dari malam tadi hingga pagi ini dan mencapai semua objektifnya. Sebab operasi ini adalah penyeberangan garis merah oleh rejim Zionis.”

Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian memberi taklimat kepada media di ibu pejabatnya di Tehran. –foto AFP

TEHRAN: Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral, Mohammad Baqeri mengesahkan bahawa Iran telah menamatkan serangan balas atas wilayah Israel.

“Operasi telah disempurnakan dengan jayanya dari malam tadi hingga pagi ini dan mencapai semua objektifnya. Sebab operasi ini adalah penyeberangan garis merah oleh rejim Zionis.”

“Ia sudah berakhir dari sudut pandangan kami, namun tentera kami sentiasa siap siaga untuk bertindak jika wujud ancaman daripada musuh,” ujarnya pada Ahad beberapa jam selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan operasi menggemparkan itu.

Beberapa pakar percaya serangan dron pada skala perlahan itu untuk menghantar isyarat kepada Israel bahawa Iran boleh menggunakan keupayaan berbeza dalam taktik mereka.

“Tehran boleh melancarkan serangan berskala besar jika ia memilih untuk merentasi pelbagai vektor,” ujar penganalisis kanan di Institut Dasar Strategi Australia di Washington, Nishank Motwani.

Sejak awal bulan lalu, pihak berkuasa Iran telah berulang kali memberi amaran mahu ‘menghukum’ rejim Zionis kerana membunuh tujuh anggota IRGC termasuk dua jeneral unit elit Quds ketika ia melancarkan serangan ke atas konsulat Iran di Damsyik.

Beberapa hari selepas insiden itu, Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khameni berkata, Israel akan menerima akibat atas perbuatan mereka yang jelas menunjukkan Tehran tidak akan berdiam diri.

Sejak Revolusi 1979, Israel telah menjadi seteru utama negara republik Islam tersebut malah ia berulang kali menggesa tindakan membinasakan rejim Tel Aviv dengan sokongan ke atas tuntutan Palestin sebagai salah satu tonggak revolusi mereka.

Sehingga Sabtu, Tehran mengelak serangan secara terus ke atas Israel walaupun ia kekal menyokong gerakan Paksi Penentangan Anti-Israel terdiri daripada pejuang Hizbullah dan Huthi sejak Perang Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu.

Beberapa jam sebelum Operasi Janji Benar bermula, Tehran dilaporkan merampas kapal kontena yang didakwa ada kaitan dengan Israel di perairan Teluk yang turut dikecam Amerika Syarikat (AS). –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading