Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONFLIK IRAN-ISRAEL: PERSIAPAN MUSIM HAJI 2024 DITERUSKAN SETAKAT INI – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

KONFLIK IRAN-ISRAEL: PERSIAPAN MUSIM HAJI 2024 DITERUSKAN SETAKAT INI – MOHD NA’IM

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Luar, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin berikutan perkembangan semasa itu.

Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Timur Tengah, menurut  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Luar, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin berikutan perkembangan semasa itu.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memantau situasi terkini di Timur Tengah susulan serangan balas Iran terhadap Israel semalam.

“Serangan balas itu sudah tentu meningkatkan ketegangan yang sudah pun berlarutan sejak lebih tujuh bulan lalu akibat kedegilan dan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na’im turut meminta semua pihak untuk terus bertenang serta sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Media antarabangsa melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran telah memulakan operasi serangan dron, menyasarkan lokasi di dalam wilayah yang diduduki Israel. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading