Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KPDNHEP Johor siasat ‘logo halal’ gula-gula ‘ghost smoke’

DALAM NEGARA

KPDNHEP Johor siasat ‘logo halal’ gula-gula ‘ghost smoke’

Logo halal pada bungkusan gula-gula “ghost smoke cool fruit powder” masih diragui dan perlu siasatan lanjut.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor kini menyiasat keraguan pada ‘logo halal’ yang terdapat pada kotak bungkusan gula-gula “ghost smoke cool fruit powder”.

Penemuan itu dibuat susulan rampasan oleh pejabat kementerian berkenaan di sebuah syarikat pemborong makanan, kelmarin.

Rampasan dilakukan ketika siri pemeriksaan ke atas premis-premis seumpamanya, berhampiran sekolah-sekolah di sekitar Masai.

Berdasarkan maklumat diterima, murid sekolah dengan mudahnya memperoleh gula-gula tersebut dengan harga semurah 50 sen seunit.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabit kesalahan, peniaga boleh didenda tidak lebih 250 ribu ringgit bagi satu pertubuhan perbadanan. Sebaliknya, jika peniaga bukan satu pertubuhan perbadanan, dia boleh didenda tidak melebihi 100 ribu ringgit atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melalui Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan di bawah kementerian berkata mereka sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh dan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Mohd Hairul Anuar turut meminta kerjasama orang awam untuk menyalurkan aduan di talian WhatsApp KPDNHEP di talian 019-2794317.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading