KUALA LUMPUR – Tindakan proaktif Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengerah dua batalion Polis Gerakan Am dari Senoi Praaq untuk membantu Jabatan Perhilitan membanteras kegiatan pemburu haram yang membunuh hidupan liar terutamanya harimau Malaya sangat tepat.
Abdul Hamid dipetik Bernama dilaporkan berkata, penglibatan Senoi Praaq ini mampu meningkatkan lagi keyakinan Jabatan Perhilitan yang terpaksa berdepan dengan keganasan penjenayah.
“Jadi dengan adanya satu batalion Senoi Praaq, ia
sedia membantu Jabatan Perhilitan yang selama ini saya dengar amat tercabar
sekali tugasan mereka, di dalam hutan.
“Nyawa mereka diancam oleh kumpulan pemburu haram
dari luar negara yang begitu berani dan ganas. Kita akan guna kuasa untuk
menembak mereka jika ada keperluan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Global
Tiger Day 2019 dan Pelancaran Kempen Selamatkan Harimau Malaya 2019-2020, di
Putrajaya hari ini.
Senoi Praaq yang terkenal dengan kemahiran menjejak
musuh dan beraksi di hutan mampu menimbulkan kegerunan kepada pemburu haram ini
yang kebanyakannya dari kalangan pemburu asing.
Harimau Malaya bakal berdepan nasib sama seperti
harimau Bali, harimau Caspian dan harimau Jawa yang telah pupus berdekad
lamanya sekiranya usaha membanteras pembunuhannya tidak ditangani secepat
mungkin. Ini kerana pengurangan populasinya di negara ini berlaku amat pantas
dan terlalu drastik.
Sekitar tahun 1950-an, Semenanjung Malaysia
memiliki lebih 3,000 ekor harimau Malaya yang mendiami kawasan hutan belantara.
Namun pada tahun 2003, dianggarkan terdapat hanya 500 ekor yang tinggal.
Manakala pada tahun 2009 hingga 2011, kaji selidik yang dilakukan oleh WWF-Malaysia
di Kompleks Hutan Belum – Temenggor mendapati sekurang-kurangnya 50 ekor
harimau masih mendiami kawasan tersebut ketika itu.
Harimau Malaya yang hanya boleh ditemukan di negara
ini kini semakin terancam oleh pemburuan haram, ancaman sumber makanan dan
kemusnahan hutan.
Kempen oleh pertubuhan Save Wild Tigers ditayangkan dalam pengangkutan awam seperti ERL bertujuan menghentikan pembunuhan harimau yang semakin pupus. SUMBER YOUTUBE
Harga yang tinggi mencecah RM 1 juta bagi setiap seekor
ditawarkan oleh pembeli luar negara menyebabkan Harimau Malaya menjadi buruan
dan dijual di pasaran gelap. Ia dikatakan mempunyai khasiat yang luar biasa dan
digunakan dalam perubatan tradisional.
Antaranya ialah taring yang didakwa boleh
menundukkan pihak lawan dan menyebabkan pemakainya disegani dan dihormati,
menjadi pendinding daripada gangguan binatang buas, sihir dan meningkatkan
semangat berani dan wibawa kepada si pemakai.
Selain itu, harimau juga menjadi rebutan untuk
dijadikan produk minuman seperti Tiger Wine Bone yang mendapat pasaran meluas. Walaupun
pelbagai kempen menggesa supaya minuman ini diboikot, pemburu haram tetap cekal
hati merampas kehidupan haiwan yang dilindungi ini demi pulangan lumayan.
Salah satu kempen dari pertubuhan Save Wild Tigers melalui sloga “Stop The Demand” pada tahun 2015 meminta orang ramai supaya tidak membeli produk tersebut untuk menyekat permintaan kepada produk hasil aktiviti haram itu.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked