Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KURANG PENYATUAN, KELEMAHAN POLITIK NEGARA ISLAM DALAM ISU GENOSID DI GAZA

DALAM NEGARA

KURANG PENYATUAN, KELEMAHAN POLITIK NEGARA ISLAM DALAM ISU GENOSID DI GAZA

KUALA LUMPUR: Hampir enam bulan pembunuhan beramai-ramai rakyat Gaza oleh tentera Israel, kekuatan penyatuan negara-negara Islam masih tidak jelas kelihatan.

Tidak dinafikan, beberapa siri mesyuarat antara negara Islam telah diadakan sejak 7 Oktober lalu selepas Israel melancarkan serangan di Gaza, namun kebanyakkan berakhir dengan kecaman tanpa tindakan tegas yang dilaksanakan bersama untuk Israel berundur dari Gaza.

Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom, Datuk Dr Afifi Al-Akiti berkata antara kesilapan negara Islam dalam konflik di Gaza ialah kelemahan dari segi politik dan tidak bersatu.

“Ini adalah perkara yang perlu dilihat oleh ahli-ahli politik negara Islam. Penting untuk kita bertindak dan melakukan sesuatu dengan nasib yang menimpa umat Islam di Palestin.

“Negara Islam perlu belajar untuk berdikari dari sudut politik, ketenteraan, dan ekonomi agar tidak terhalang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan,” katanya dalam program audio siar Kindred Stories baru-baru ini.

Afifi turut berkongsi sabda Nabi Muhammad SAW, “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim (78)].

Jesteru katanya mereka yang mempunyai kuasa tidak boleh berdiam diri dan perlu mengambil tindakan mengikut undang-undang untuk membebaskan Palestin.

Malaysia katanya antara yang lantang menentang kekejaman Palestin dengan terbaru telah menghalang kapal berkaitan Israel berlabuh di negara ini selain tindakan terdahulu iaitu tidak mengiktiraf penggunaan pasport Malaysia di Israel serta menerima kemasukan pemegang pasport negara haram itu ke sini.

Namun beliau juga berharap Malaysia akan melaksanakan lagi dasar-dasar tambahan yang menunjukkan penentangan terhadap Israel.

“Dasar-dasar kerajaan ini antara contoh peperangan tidak hanya melibatkan ketenteraan. Tekanan boleh diberikan daripada pelbagai cara dan jika negara Islam bersatu Israel dan sekutunya lebih mudah untuk menentang Israel,” katanya.

Sementara itu, Afifi berkata walaupun umat Islam seluruh dunia marah akan tindakan yang dilaksanakan Israel namun tiada sebarang tindakan melampau yang diambil.

Ini menunjukkan sifat sabar yang disarankan Islam dan beliau berharap ia akan terus berkekalan dengan tindakan-tindakan penentangan terhadap Israel dibuat berpandukan undang-undang.

Katanya, banyak cara penentangan boleh dilaksanakan orang awam selain demonstrasi seperti kaedah advokasi melalui media sosial dengan menceritakan kebenaran dan menafikan fitnah jahat zionis. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading