KUTIPAN ZAKAT DI MELAKA CATAT PENINGKATAN 15.53 PERATUS
MELAKA: Kutipan zakat di Melaka mencatatkan peningkatan sebanyak 15.53 peratus kepada RM89.17 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos tahun ini berbanding RM77.18 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman (duduk, tengah) bersama penerima anugerah pembayaran zakat pada Majlis Anugerah Zakat Melaka Sektor Awam dan Swasta Tahun 2022. – Bernama
MELAKA: Kutipan zakat di Melaka mencatatkan peningkatan sebanyak 15.53 peratus kepada RM89.17 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos tahun ini berbanding RM77.18 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata daripada jumlah itu, zakat harta mencatatkan kutipan RM83.41 juta manakala zakat fitrah RM5.76 juta.
Beliau berkata kutipan zakat harta merekodkan peningkatan 16.53 peratus kepada RM83.41 juta dengan jumlah pembayar sebanyak 46,050 orang dalam tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos tahun ini berbanding RM71.58 juta melibatkan 47,911 pembayar dalam tempoh sama tahun lepas.
“Zakat pendapatan merekodkan kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM48.05 juta dengan jumlah pembayar sebanyak 34,766 orang pada tahun ini berbanding RM42.20 juta melibatkan 32,285 pembayar pada tahun lepas.
“Kutipan zakat terendah ialah zakat pertanian iaitu sebanyak RM31,014.45 dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini dan kutipan zakat berkenaan turut berkurang 23.4 peratus berbanding RM40,488.49 dalam tempoh sama tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Zakat Melaka Sektor Awam dan Swasta Tahun 2022 yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Datuk Ibrahim Fadzil.
Mengulas lanjut, Rahmad yang juga Timbalan Pengerusi Zakat Melaka berkata kutipan zakat wang simpanan merekodkan penurunan 6.81 peratus kepada RM15.23 juta dengan jumlah 6,988 pembayar dalam tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos tahun ini berbanding RM16.35 juta melibatkan 11,063 pembayar dalam tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata dalam tempoh sama tahun ini juga, Majlis Agama Islam Melaka telah mengagihkan sebanyak RM81.25 juta dana zakat kepada lapan golongan asnaf yang berhak menerimanya menerusi pelbagai skim dan program agihan bantuan.
“Kerajaan negeri sentiasa cakna dengan kesempitan dan kesulitan yang dihadapi rakyat berdepan kenaikan harga barang serta kos sara hidup dan kami akan terus komited membantu menyelesaikan masalah serta rintihan mereka dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu selain menambah bantuan sedia ada,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata kutipan zakat menerusi pemotongan gaji di negeri itu meningkat sebanyak 13.81 peratus kepada RM33.07 juta dalam tempoh sama tahun ini berbanding RM29.06 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
Katanya jumlah pembayar zakat menerusi potongan gaji melibatkan sektor awam dan swasta turut meningkat kepada 33,021 orang pada tahun ini berbanding 32,024 orang pada tahun lepas.
Terdahulu pada majlis berkenaan, sebanyak 11 agensi sektor awam dan swasta menerima anugerah pembayar zakat mengikut lima kategori iaitu bayaran zakat tertinggi (Anugerah Diamond), pembayar zakat tertinggi (Anugerah Ruby), peratus kenaikan bayaran tertinggi (Anugerah Sapphire), peratus kenaikan pembayar tertinggi (Anugerah Emerald) dan pembayaran komited (Anugerah Amethyst).
Anugerah Diamond kategori sektor awam diterima oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) manakala bagi kategori swasta pula diterima Petroliam Nasional Berhad (Petronas). — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.