MASYARAKAT ISLAM DIINGAT SUPAYA SENTIASA JAGA MARUAH SESEORANG – MOHD NA’IM
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihati masyarakat Islam supaya sentiasa menjaga dan menghormati maruah seseorang dan tidak sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan yang boleh mengaibkan mana-mana pihak apatah lagi pemimpin negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika sidang media pada Majlis Perasmian Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023 di Masjid Putra. – Bernama
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihati masyarakat Islam supaya sentiasa menjaga dan menghormati maruah seseorang dan tidak sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan yang boleh mengaibkan mana-mana pihak apatah lagi pemimpin negara.
Beliau berkata Islam sangat mementingkan pemeliharaan maruah walaupun ia melibatkan pihak musuh.
“Sebab itu Islam bersifat profesional dan ingatkan diri kita jaga mulut, pelihara diri maka Allah tutup aib kita dan pelihara maruah kita,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023, di sini pada Khamis.
Mohd Na’im berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakan seorang Ahli Parlimen yang menuduh pemimpin tertinggi negara terlibat dalam isu moral.
Mengulas lanjut sama ada Ahli Parlimen terlibat boleh dikenakan hukuman qazaf (kesalahan jenayah syariah yang merujuk kepada tindakan menuduh seseorang melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi), Mohd Na’im berkata ia terletak di bawah bidang kuasa mahkamah, mengambil kira jika terdapat aduan mengenainya.
“Seperti hukuman lain, kesalahan lain, sama ada undang-undang sivil atau qazaf di Mahkamah Syariah, maka ia bermula dengan aduan, jika ada aduan dikemukakan oleh pihak tertentu misalnya tuntutan saman pihak kepada pihak lain atau ada laporan polis, di situ ada tindakan dalam konteks undang-undang sivil.
“Begitu juga dengan undang-undang Syariah, kalau ada aduan dikemukakan kepada penguat kuasa agama, maka siasatan boleh dijalankan, kemudian setelah mahkamah mendengar (hujah) Pendakwa Syarie dengar pembelaan tertuduh, barulah kemudian mahkamah buat keputusan sama ada kesalahan qazaf telah berlaku atau tidak,” katanya.
Terdahulu dalam ucapanya Mohd Na’im berkata institusi keluarga wajar diberi perlindungan, diperkukuh, diperkaya dan diperkasakan dari semasa ke semasa demi mencapai kesejahteraan ummah yang pasti akan bermula dari sebuah keluarga iaitu unit sosial terkecil yang akan membentuk sesebuah ummah.
Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023, yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, julung kali diadakan sebagai platform rintis bagi perkongsian pandangan dan amalan terbaik pendekatan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Brunei, Singapura, Indonesia dan Malaysia dalam menangani dan mengurus isu-isu kekeluargaan khususnya dalam kalangan umat Islam ke arah mencapai kesejahteraan ummah.
Bertemakan ‘Kesejahteraan Ummah Bermula Di Sini’, seeramai 300 peserta persidangan dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura yang terlibat secara langsung dalam bidang kekeluargaan Islam di pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). — AlHijraH Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.