Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAPAN WARGA CHINA DIISYTIHAR PERSONA NON GRATA

DALAM NEGARA

LAPAN WARGA CHINA DIISYTIHAR PERSONA NON GRATA

KUALA LUMPUR: Lapan warga China diisytiharkan ‘persona non grata’ disebabkan terlibat dengan jenayah komersial di ibu negara pada 21 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, hasil serbuan yang dilakukan, seramai 19 warga China termasuk seorang bayi dan seorang individu tempatan ditahan kerana disyaki terbabit dengan aktviti penipuan dalam talian.

Daripada jumlah tersebut, lapan warga China telah pun diisytiharkan sebagai ‘persona non grata’ yang diperolehi dari mahkamah pada 8 Disember lalu.

Tambahan Saiful Azly, ini merupakan kumpulan yang pertama dikenakan tindakan tersebut bagi kesalahan jenayah yang dilakukan.

Polis Kuala Lumpur juga telah membuat permohonan bagi pengisytiharan ‘persona non grata’ terhadap 23 lagi warga asing yang telah ditangkap kerana terlibat dengan jenayah yang sama pada 29 November lalu.

Pertuduhan kes dilakukan pada 11 Disember lalu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan di Mahkamah Kuala Lumpur dan permohonan pengisytiharan tersebut dilakukan semalam.

Menurut Saiful Azly, ‘persona non grata’ adalah orang yang tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya selepas didapati bersalah melakukan kesalahan jenayah berat semasa dia berada di sesebuah negara.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading