LEBIH 170 KANAK-KANAK PALESTIN TERBUNUH DALAM SERANGAN ISRAEL SEJAK PAGI SELASA
Sebanyak 13 hospital dan empat hospital medan telah berhenti beroperasi sepenuhnya kerana kemusnahan serta kekurangan kakitangan perubatan dan ubat-ubatan.
Seorang kanak-kanak Palestin memberi ‘lambaian’ selamat tinggal melalui ciuman pada tangan ahli keluarganya yang telah Syahid dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Sumber: Media Sosial
NEW YORK: Lebih 170 kanak-kanak terbunuh semasa serangan pendudukan Israel di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Selasa, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Dalam kenyataan di laman sesawang rasminya, OCHA memaklumkan bahawa pada Rabu, jumlah keseluruhan orang awam yang terkorban akibat serangan itu melebihi 400, termasuk lebih 170 kanak-kanak dan 80 wanita.
Pasukan penyelamat dan paramedik dilaporkan tidak dapat mengakses ramai mangsa akibat kekurangan peralatan, bahan api dan jentera berat.
OCHA turut menyatakan bahawa hanya empat hospital medan beroperasi sepenuhnya di kawasan itu manakala 22 hospital dan enam hospital medan beroperasi secara separa.
Sebanyak 13 hospital dan empat hospital medan telah berhenti beroperasi sepenuhnya kerana kemusnahan serta kekurangan kakitangan perubatan dan ubat-ubatan.
Pejabat itu turut memetik kenyataan Pengarah Hospital Al-Shifa, Mohammed Abu Salmiya yang menyifatkan situasi semasa sebagai “malapetaka” dengan pihaknya menerima ramai mangsa.
Agensi itu memberi amaran bahawa lebih sejuta penduduk di Gaza berdepan kekurangan makanan yang teruk sekiranya penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan berkenaan tidak disambung semula. Mereka juga berisiko tidak menerima catuan makanan pada Mac jika penghantaran ke Gaza tidak diteruskan.
Bekalan makanan yang ada di Semenanjung Gaza semakin berkurangan dengan cepat, dan bagi menangani situasi itu, rakan kongsi PBB terpaksa mengurangkan secara drastik bantuan makanan, menggantung pengagihan tepung dan makanan segar, serta mengurangkan kuantiti hidangan panas di dapur awam.
OCHA turut memberi amaran bahawa jika keadaan itu berterusan, sekurang-kurangnya 80 daripada 170 dapur awam di Gaza akan terpaksa ditutup dalam masa satu atau dua minggu. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager