Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘LEBIH INDAH SEPANJANG PERBAHASAN TUTUR BAHASA DIJAGA, SALING HORMAT’

DALAM NEGARA

‘LEBIH INDAH SEPANJANG PERBAHASAN TUTUR BAHASA DIJAGA, SALING HORMAT’

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat yang bermula sejak Isnin lalu hangat dengan pelbagai isu dibincang dan dibahaskan oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr ZUlkifli Mohamad Al-Bakri berkata beliau kagum dengan Ahli Parlimen samada kerajaan atau pembangkang yang petah berbicara dengan fakta dan data.

Ujarnya kesemua mereka dilihat membuat kajian sebelum berbahas.

“Cuma lebih indah jika sepanjang perbahasan, segala tutur bahasa dijaga dengan rapi.

“Saling hormat tanda mengasihi. Budaya ketimuran sentiasa dijunjung tinggi,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Katanya apa jua yang dibincangkan, beliau berharap moga rakyat beroleh manfaat.

Sidang khas Dewan Rakyat akan berlangsung selama lima hari dengan hari terakhir pada 2 Ogos depan.

Beberapa isu penting berkenaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), vaksinasi dan COVID-19 telah dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk dibincangkan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading