LEBUHRAYA UTAMA NEGARA SESAK HARI INI

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini melaporkan aliran trafik tinggi di beberapa lebuh raya utama negara hingga menyebabkan berlaku kesesakan.

Antara lokasi yang terjejas teruk ialah di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) selepas Plaza Tol Bentong ke Genting Sempah dengan trafik sesak sejauh 17 kilometer.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Pemantaun Operasi Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Anas Idris, aliran trafik di lebuhraya utama negara mula tinggi sejak pagi tadi.

“Keadaan trafik di lebuhraya utama negara di bahagian utara, selatan & timur tanah air mulai perlahan sekitar jam 11.30 pagi disebabkan oleh pertambahan jumlah trafik menuju ke ibu kota.

“Antara lokasi pertambahan trafik adalah di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) E1 dari Ipoh Selatan ke Gopeng, Tapah ke Sungkai dan Sungai Buaya ke Rawang.

“Manakala di PLUS E2, Tangkak ke Jasin, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Port Dickson, RnR Seremban ke Nilai dan selepas Plaza Tol Sg.Besi ke Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi AlHijrah Online.

Beliau turut mengingatkan pengguna untuk memastikan baki kad Touch N Go mencukupi sebelum memasuki lebuhraya bagi mengurangkan kesesakan di susur keluar lebuhraya. — AlHijrah Online

Leave a Reply