SHAH ALAM: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘Rasul Melayu’ ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu operasi khas yang dijalankan badan penguatkuasa itu di tiga lokasi berbeza sekitar Selangor malam tadi.
Menurut Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, selain ‘Rasul Melayu’ yang dikenali sebagai Abdul Kahar Ahmad, turut ditahan dalam operasi tersebut 16 lagi pengikutnya terdiri daripada lapan lelaki dan lapan perempuan dalam lingkungan umur 14 sehingga 70 tahun.
Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat JAIS untuk siasatan lanjut.
“Mereka yang ditahan dipercayai mengamalkan Ajaran Haji Kahar Bin Ahmad yang telah difatwakan sesat pada 28 Mac 1991 dan diwartakan pada 29 Ogos 1991 oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor.
“Melalui risikan dan makluman awam yang diterima oleh JAIS, ajaran ini dipercayai kembali aktif dengan modus operandi baharu,” katanya.
Kata Mohd Shazihan tangkapan yang dilakukan oleh pihak JAIS adalah dibuat bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Doktrin Palsu); Seksyen 8, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Dakwaan Palsu); Seksyen 12(c), dan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Menghina Pihak Berkuasa Agama).
Siasatan juga katanya akan dibuat mengikut Seksyen 13, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Pendapat yang Bertentangan Dengan Fatwa); Seksyen 16, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Penerbitan Agama yang Bertentangan Dengan Hukum Syarak) dan Seksyen 52, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Percubaan).
“Antara barang kes yang disita adalah seperti buku-buku, telefon bimbit, komputer riba, Al-Quran terjemahan dan risalah berkaitan ajaran,” katanya.
Sebelum ini, pada Oktober 2009, Mahkamah Tinggi Syariah pernah memerintahkan Abd Kahar dipenjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan bersabit kes penyebaran ajaran sesat.
Dia kemudian dibebaskan pada tahun 2016 dan mengisytiharkan dirinya bertaubat serta turut menandatangani Dokumen Pengisytiharan Taubat dalam satu majlis anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager